AKU RINDU SAMA KAMU... - Alam Sari Di Tanah Jauhar

AKU RINDU SAMA KAMU...



ALHAMDULILLAH.. akhirnya facebook telah menemukan kami yang ada antaraya telah terpisah sejak 18 tahun lalu. Namun masa seakan mencemburui kami apabila terpaksa berpisah dan entah bila dapat berkumpul lagi. Apapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan sahabat yang sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yasin, Tampoi, Johor Bahru (batch SPM '92) yang telah bersusah payah menghadiri pertemuan ini walaupun ada yang datang dari Kuala Lumpur.
Bagi yang tidak dapat hadir, saya faham mungkin mereka ada komitmen lain yang lebih penting, mungkin kita dapat bertemu lagi di lain kesempatan.

dari kanan, Suhaily, Faezah, saya dan Shema..

mantan Ketua Pengawas SDARY 1992, Syarifah Marakar, baru sampai..

salah seorang teman rapat yang saya panggil, 'kembar', Sarimah. Kenapa ye panggil kembar, sebab nama kami serupa..

ini kawan paling rapat.. Suhaily namanya. Yang di belakang tu Leena, jiran kelas sebelah.. hehe

Shema, terbang dari KL

Zunita, tetap vogue.. dulu, kini & selamanya..

No comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih