MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, April 4, 2010

puding sago gula melaka


SALAM SEJAHTERA, ermmm... tak pergi jalan-jalan ke, shopping2 habiskan duit? hehe.. Saya taklah, pada mulanya berangan juga nak keluar cari kasut baru. Dah berbulan-bulan mengidam nak beli kasut (pasal kasut yang pakai sekarang dah tak berapa nak bergaya). Tapi tak juga jumpa yang berkenan di hati dan berkenan di kocek. Nak tak nak, pakai ajelah apa yang ada.
Satu hal lagi tak mahu nak pergi berjalan kerana takut terlepas sasaran nak tengok Anugerah Bintang Popular malam ni. Undi tak? Ishhhh... mestilah saya undi.. iyo2 o jo. Artis yang saya paling harap menang malam ni tentunya Tiz Zakyah, walaupun tak pernah ngantar sehelai pun borang undi walhal dapat suratkhabar dah free. Mmm, bukan peminat setia nampaknya yang sanggup berkorban apa saja.
Menceceh punya menceceh, sebenarnya saya nak tunjuk apa saya buat untuk minum petang ni. Ececeh.. mentang-mentanglah tuan rumah takde kat rumah suka hati saya je nak masuk banyak-banyak story hari ni eh. Hihi, saja je.. benda dah ada.
Tulah si budak Yaya tu, buat permintaan nak makan puding sagu gula melaka. Feberet dia tu. Selalu jugak buat puding sagu ni, baru rasa teringat nak masukkan resepi. Walaupun senang tapi ramai yang tak tahu. Yang dah tahu tu.. mm, tumpang lalu ye..

Puding Sagu Gula Melaka
Bahan A:
Satu mangkuk kecil sagu biji
Satu periuk sederhana air dipanaskan
*masak sagu di dalam air mendidih hingga sagu bertukar jernih.
kacau sentiasa supaya sagu tidak melekat pada periuk
*tapiskan sagu dan alirkan di bawah air sejuk bagi mengasingkan sagu jernih. Masukkan sagu ke dalam acuan mengikut citarasa. Sejukkan di dalam peti ais.

Bahan B:
Seketul gula melaka potong kecil
4 sudu besar gula perang atau gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan disimpul
secubit garam
* Masak kesemuanya dalam periuk hingga mendidih, sejukkan di dalam peti ais jika suka.

Bahan C:
1/2 tin susu cair

*Hidangkan sagu bersama bahan B dan C. Asal resepi, bahan C ialah santan yang dicampur sedikit garam
. Tetapi saya lebih suka menggunakan susu cair atau susu sejat.
Selamat Mencuba.

4 comments:

  1. salam yus...wah saya pun pernah wat puding sago ni...memang fav saya anak beranak...sedapkan

    p/s..saya adalh juga habiskan duit kat ariani...huhu

    ReplyDelete
  2. salam, Ima. Sedap.. lagi2 kalu gula & susu lebih, lemak, manis berkrim.. hehe.

    p/s: wah, bhabis sakan kat Ariani ya, takpe2, yg cantik jelita kita juga kan..

    ReplyDelete
  3. ayu pernah buat. tapi tak sengaja buat sbnrnya. asalnya nak buat kuih sagu yang mkn ngan kelapa tu. tapi terlembik. so nak buat cam ne tak kan nak buang. so buatlah kuah gula melaka dia...em..sedap juga..suka pulak en.hassan kita..haha

    ReplyDelete
  4. Wah, kalau En Hassan suka, kenalah buat selalu, Ayu.. hehe

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...