tanda-tanda kematian

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum, salam sejahtera untuk semuanya yang sudi mengikuti saya di Alam Sari ini. Tiba-tiba hari ni rasa nak pergi ke tajuk yang lebih serius. Mungkin kerana sejak kebelakangan ini kerap sangat mendengar berita tentang kematian. Selain orang yang dikenali, orang yang terkenal kerap juga di dada-dada akhbar banyak sekali berita tentang kematian tiba-tiba sama ada kemalangan, dipanah petir, mati lemas dan sebagainya yang tiada tanda-tanda seseorang itu akan pergi meninggalkan kita selamanya.

Semua ini membuatkan saya kadang-kadang tidak dapat lari dari tertanya-tanya, apa benarkah seseorang yang akan meninggal dunia itu tahu bahawa nyawanya akan ditarik. Ini kerana kita sering mendengar atau membaca mereka yang pergi mengadap Ilahi ini biasanya menunjukkan tabiat aneh seolah-olah dia tahu, dia akan pergi meninggalkan segala yang dikasihinya untuk selama-lamanya.

Kalau ada yang pernah mengikuti cerita saya sebelum ini, dalam entri 'Abah' saya ada menceritakan tentang arwah abah saya yang pada hari pemergiannya asyik menunggu jam 3, dan jam 3 itulah abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jadi, benarkah kita akan tahu bila masanya sampai untuk kita? Wallahu'alam.

Saya percaya kebanyakan kita tahu tanda-tanda menjelang kematian sama ada melalui pembacaan atau email yang dihantar kawan-kawan kita. Mungkinkah kita juga dapat merasakan tanda-tanda itu apabila masa kita sampai? Apakah sikap kita akan berubah. Bersungguhkah kita beribadat kerana tahu kita akan mati? Adakah kita akan berhenti kerja, meninggalkan keseronokan dunia kerana kita tahu kita akan mati? Sesungguhnya mati itu kerja Allah swt. Tiada siapapun yang akan tahu bila dia akan mati. Mungkin itu hanya dapat diketahui oleh banduan yang ditinggalkan di bilik akhir.

Dikatakan juga apabila sampai tanda-tanda yang terakhir kita hendaklah mengucap dua kalimah syahadah dalam keadaan kiam dan jangan bercakap-cakap. Mampukah kita begitu, Ya Allah.. mudah-mudahan kita diberi hidayah untuk menikmati saat-saat terakhir itu.

Walaupun tiada siapa yang tahu saat kematiannya, namun ulama ada berkias mengenai tanda-tanda kematian seseorang dalam tempoh 100 hari sebelum dia mati..

Tanda-tanda kematian:
100 hari - seluruh badan bergegar
60 hari - pusat rasa bergerak-gerak
40 hari - daun bertulis nama bakal si mati di arasy akan jatuh dan malaikat akan sentiasa mendampinginya. Kadang-kadang bakal si mati akan ternampak kelibat malaikat maut dan berubah resah serta runsing
7 hari - mengidam makanan
5 hari - anak lidah bergerak-gerak
3 hari - bahagian tengah dahi bergerak-gerak
2 hari - seluruh dahi rasa bergerak-gerak
1 hari - terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dengan waktu asar
saat akhir - terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (bahagian belakang badan)
Justeru, sebaik terasa tanda-tanda akhir ini, mengucap dua kalimah syahadah dalam keadaan kiam dan jangan bercakap-cakap.

Wallahu'Alam..
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!