ABAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
SALAM SEJAHTERA, nak cerita tentang abah saya...

SUATU HARI 12 April 1993, Dialog, lebih kurangnya begini....

Abah : Yang, nak pergi kerja jugak ke?
Ibu: Ya, nantilah saya mintak dengan Cik Megat balik awal...


Kira-kira 12 tengahari, ibu pun sampai ke rumah

Abah : Yang, pukul berapa ni?
Ibu : 12 lebih, kenapa?
Abah : Takde apa.. lambatnya pukul 3..

Dan detik itu, lebih kurang jam 3, abah meninggalkan ibu dan kami lima beradik untuk selama-lamanya. Adik bongsu saya masih darjah 4 masa tu, manakala saya sendiri baru sahaja tamat SPM. Hari ini sudah 17 tahun abah pergi. Tiba-tiba saya ingin nak mengimbas kenangan tentang abah.

Abah pandai memasak, walaupun kadang-kadang kami pun tak tahu apa yang abah masak.. hehe. Sejak abah tidak boleh bekerja kerana diserang sakit tiga serangkai (kencing manis, darah tinggi dan jantung) abah tidak duduk diam di rumah. Nanti mesti abah suruh saya ke kedai beli tepung dan kelapa parut. Abah akan buat kuih. Entah kuih apa, tiba-tiba menyesal pulak kerana tak pernah nak tengok masa abah buat kuih. Tahu-tahu bila ibu balik, kuih dah siap, rupanya adalah macam apam dan dicicah dengan kelapa parut... tiba-tiba rindu dengan kuih abah.

Abah kalau makan tidak suap dengan tangan. Abah makan guna sudu dan garfu macam orang putih. Saya pun tak pasti kenapa. Abah ada sudu abah sendiri, semua orang tak berani guna sudu abah. Nanti saya update gambar sudu abah ya, pasal tiba-tiba nak ketuk story, jadi sudunya pun sekarang tak ada depan mata.

Waktu makan abah akan duduk di kepala meja, biasalah kan.. tuan rumah. Kami semua lima beradik akan duduk diam-diam tunggu abah ambil lauk. Selagi abah tak mula, sesiapa pun tak berani nak ambil. Tak kisahlah ada berapa lauk pun, kalau abah dah mula ceduk lauk yang pertama, baru kami akan ceduk lauk-lauk lain.

Semasa abah masih bekerja dulu, abah biasanya akan pulang untuk makan tengahari. Abah bekerja sebagai pemandu teksi, waktu abah pulang tak menentu. Kalau jauh abah pergi, lambatlah abah balik. Tapi kami semua tetap menunggu dengan sabar. Tiada siapa yang akan usik nasi atau lauk dalam periuk. Alhamdulillah, walaupun selalu lambat makan kerana tunggu abah, tiada seorangpun ahli keluarga saya yang diserang gastrik.. InsyaAllah..

Masa makan kami tidak berani berbual apatah lagi bergurau. Abah kata nanti tercekik, terbekik, jadi kami memang tak bercakap pasal takut tercekik dan terbekik.

Apa makanan kegemaran abah ya? Boleh dikatakan tolak batu dan kayu je.. hik2. Selalunya ibu akan masak gulai asam pedas, kari, sardin (memang feberet). Nak tahu, rumah kami jarang sekali ada ikan goreng. Lauk ayam kalau pergi kenduri baru jumpa.. pasal ibu tak makan ayam, jadi abah tak pernah beli ayam. Abah juga suka makan nasi daun pisang dan makanan-makanan India. Sampailah ni, keluarga saya memang tak cerewet pasal makan sebab dah diajar supaya tak memilih-milih makanan. Kami juga diajar supaya makan hingga licin pinggan. Jadi, kami semua jarang makan tak habis, pasal takut nasi menangis. Sampai sekarang pun saya takut nasi menangis tau.

Suratkhabar apa yang saya tidak baca. Kalau hari Ahad tu, saya boleh mengadap suratkhabar dari pagi sampai ke petang sebab abah akan beli semua. Tak kiralah suratkhabar rumi ke, jawi ke, orang putih pun kadang-kadang ada pasal abah suka membaca.

Abah tiada harta, abah susah.. tapi itu bukan alasan abah tak hantar kami ke sekolah. Masa abah bawa teksi(sewa), setiap pagi semasa hantar kami ke sekolah, abah akan pungut budak-budak yang jalan kaki pergi sekolah sampai kami jadi macam ikan sardin dalam tin. Saya masih ingat, abah pernah bekerja sebagai pemandu bas 'South Johore' pada tahun 80-an. Setiap hari abah akan mendukung saya menuju ke sekolah Tadika dengan berjalan kaki. Sampailah satu hari tu, saya nampak abah bawa bakul, dalamnya ada botol air dan termos. Abah kata, "Sari, abah nak pergi hospital, nanti balik jalan kaki sendiri ya.." rupa-rupanya abah kena tahan di wad jantung GH dan sejak itulah abah selalu sakit.

Kerap juga kami dikejutkan ibu ketika sedang enak melayan mimpi kerana abah sakit tengah malam. Dan hati saya selalu berdebar-debar takut abah mati malam itu juga. Kami lima beradik akan mengelilingi abah hingga abah tertidur. Selepas itu ibu akan suruh kami tidur. Kadang-kadang saya takut abah tak bangun. Saya selalu perhatikan dada abah, bila nampak dada abah bergerak tarik nafas, baru saya rasa lega.

Sehari sebelum abah pergi, saya picit badan abah. Dah lebih seminggu abah sakit. Seperti biasa abah berkata, "Sari, abah dah nak mati ni, Sari." Saya sedapkan hati, pasal abah selalu cakap macam tu bila sakit, tapi sungguh.. jauh di hati kecil saya, saya rasa abah memang akan meninggalkan saya. Saya baring di sebelah abah, saya peluk badan abah tapi tak terkeluar kata-kata agar abah jangan pergi meninggalkan saya.

Dan petang esoknya, semasa pulang dari bekerja sementara di sebuah kilang, saya lihat ada ambulans di depan rumah. Saya tengok ada Pak Andak dan tak silap mungkin ada Pak Uteh. Pak Andak bagitahu, abah dah tak ada. Hancurnya hati hanya Allah swt yang tahu. Saya terkilan kerana tak ada di sisi abah di akhir hayatnya. Dan kini selepas 17 tahun, rasa ralat itu masih ada.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa bapaku, kasihilah dia Ya Allah, sebagaimana dia mengasihi aku ketika aku masih kecil. Tempatkanlah dirinya di kalangan orang-rang yang beriman dan beramal soleh.. Amin Ya Rabbal Al'amin."


Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayahndaku Ibrahim Mohd Yasin - 4 Oktober 1931 - 12 April 1993

Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Sari....


    menitik air mata akak membaca coretan ini. teringat pd Arwah ayah akak yg telah meninggal hampir 3 tahun. Bila membaca coretan ini segera mengimbau kenangan lama ketika masih duduk sebumbung dengan arwah dan adik beradik yg lain serta mak. Ya....didikan kita hampir sama sahaja. Apa2 sudu, gelas, cawan dan pinggan ayah kami tak berani mengunakannya serta juga kerusi tempat ayah duduk untuk makan. kami juga tak berani mengambil makanan kalau ayah belum merasmikannya. Duduk dimeja makan juga penuh sopan dan tertib. Byk perkara yg baik dididik oleh arwah ayah akak ketika kami dialam kanak2 sehingga remaja dan semua itu adalah kenangan manis y tak mungkin dilupakan. Al fatehah buat ayahku dan ayahmu.... Semoga diampunkan dosa2nya dan dimuliakan penghidupannya di alam barzah. Aminn

    ReplyDelete
  2. Salam, itulah bezanya kan orang tua kita mendidik anak-anak. Sekarang ni saya cuba juga kepada anak saya. Alhamdulillah, ada yang diikut ada jugak yang sukar nak melentur.

    Takziah utk akak skeluarga ya. Selagi dpnjgkan umur marilah kita rebut peluang mdoakan ksejahteraan org tua kita, mdh2an doa kita smpi kpd mereka.. AMin..

    ReplyDelete
  3. as salam akak...sedih la akak bile bace tentang abah akak...sy paham ape yang akak rase sebab babah sy pon meninggal mase umo saye 13 tahun n adik sy yg last skali berusia 6 bulan...sy dapat paham kesedihan akak...same2la kite berdoa untuk roh mereka...amin...

    ReplyDelete
  4. al fatihah untuk arwah...masa arwah mak saya meninggal, saya pun tak ada disisinya jugak...tapi saya redha dgn kehendak takdir...itulah yg terbaik utk kita, kan?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!