SALAM PAGI KHAMIS, dah sarapan lum? Mungkin ada yang berpuasa, semoga tabah menghadapi ujian hingga ke petang. Maklumlah, akhir-akhir ini cuaca tak menentu. Kalau panas tu, teriknya bukan main. Negara kita ni humiditinya rendah, jadi kalau dalam keadaan panas ni cepat letih dan penat kan..
Benci taw! Eh, apa yang benci.. benci tu ek??? Bencilah.. semalam dahlah lambat. Hari ni lambat lagi. Ishhh.. tak baik tau. Saya bangun awal pagi ni, macam biasa pukul 5. Keluar rumah pun macam biasa. Tup-tup bila sampai berhampiran BBKP, kenderaan dah beratur panjang. Jarang sangat jadi macam ni kecuali kalau berlaku kemalangan. Masa tu kenderaan dah macam terperangkap. Ada juga yang masuk ke BKPP bagi mengelakkan jammed tu. Tapi rasanya sama juga, sebab tak tahu apa punca sesak. Dibuatnya makin sesak kat dalam tu, makin lambatlah kita.
Dah hampir dengan persimpangan lampu isyarat TPJ, ermmm baru nampak apa yang berlaku. Mana tak nampaknya. Yang melintang tengah jalan tu bukan kecik-kecik orang. Lori dengan bas. Bas sekolah pulak tu, haiiii.. apalah nasib budak-budak tu.
Tapi budak-budak dah takde. Mungkin berlaku awal pagi, tapi sebab yang terlibat tu besar-besar, polis trafik pun nampaknya masih menyiasat, tak dapatlah nak dialihkan. Jadi kami ni semua tersekat. Yang nak terus sangkut, yang nak belok pun tersekat juga.
Hampir 20 minit juga nak lepas keluar dari jalan tu. Kami terpaksa buat pusingan U di TPJ. Haaa. kan dah menyusahkan orang, ini semua kerana tak sabar. Memanglah kemalangan tu tak berbau tapi... ish...susah nak cakaplah. Sebab diorang pun tak minta kemalangan berlaku. Semua nak cepat sampai lampu merah pun di redah juga.Jadi kalau ikutkan dalam 20 mnit tu sekurang-kurangnya saya dah boleh sampai di Jalan Skudai, maknanya.. maknanya... merah lagilah punch card ahkakkkkk!!
alahai... kesiannya signboard ni..
lengang... tiada siapa pun dapat lalu... jom kita balik.. takleh pergi kerja hari ni pasal ada aral melintang..
Kat Jalan Skudai pun satu hal. Saya tak tahulah bila masalah sesak di Skudai ni akan berakhir. Rasa-rasanya dah sepuluh tahun tinggal di KP, sepuluh tahunlah juga berdepan dengan kesesakan yang tiada penghujung. Apa tidaknya, Jalan Skudailah yang akan menemukan beribu-ribu kenderaan yang datang dari perumahan-perumahan sekitar. Biasanya sebaik sahaja turun dari jejambat TUTA memang semua pakat-pakat nyalakan tiga lampu merah kat belakang kenderaan diorang. Memang meriah dikkkk...
Maka lepas tu memang tak boleh berapa nak laju dah. Biasanya pergerakan semakin lembab kat depan bangunan yang dikatakan berh**** tu. Eh... ada... macam-macam versi keluar cerita orang yang dah pergi 'shopping' kat situ. Penuh bonet dengan ranting dan daun, gara-gara 'jualan tengah malam'.
Sebelum sampai jejambat Taman Perling, kat situ memang mengeluh sajalah. Kalau kereta auto mungkin penat duduk. Kalau kereta manual macam saya ni, memang lenguh lutut kaki letih.
Kemuncak pada segala bapak jammed ialah di BBU. Mula dari jejambat sebelum Plaza Angsana, kat sini memang boleh naik darah dibuatnya. Ishhh.. darah ahkak pun dah nak naik ni. Tak mo cerita lagi.. mungkin gambar-gambar ni boleh menjelaskan penderitaan warga JB yang tak tahu bila kesudahannya.
kak yus..sama la kita. terperangkap. ayu ambik gambar gak td kat trafic light tu. tp tak clear la. almaklumlah tgh drive nak gak ambil gambar. nak suruh zahrah tak reti lagi..ingat nka n3 kat my blog..tup2 kak yus da post dulu. tp gambar kak yus clear no,,,
ReplyDeleteAyu,memanglah clear psl ky ada driver.. hehe.
ReplyDeleteBaiklah Ayu train Zahrah dari skrg, nak jd photojournalist ni ssh jugak kalu smbil mmandu.. hihi..
bila jammed mcm nie terasa mcm duduk kl lah pulak...kekadang boleh mengganggu emosi satu hari bila kena jammed nie
ReplyDeletehaa.. org yg mmandu mmg mganggu emosi, yg tak mmndu pun tganggu emosi psl risau punch card merah.
ReplyDelete