kalau dah lambat

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
SALAM SEJAHTERA, dah pun hari Rabu.. pejam celik, pejam celik dah suku tahun kita berada di tahun 2010 ni kan... sekejap jer masa berlalu.

Hari ni lambat buka blog sendiri dan teman-teman. Selalunya saya akan buka blog sendiri setiap malam selepas selesai semua tugasan wajib di rumah dan setiap pagi sebaik sahaja sampai pejabat sebelum memulakan kelas sambil bersarapan yang ditapau dari kantin atau dibawa dari rumah. Saya lakukan ini supaya dapat membalas sebarang komen atau mesej yang dihantar ke dalam inbox saya (walaupun tak ramai pun yang komen.. hehe). Yalah, saya ni kan baru je nak bertapak dalam dunia blog ini, belum terkenal.. tapi sekarang ada cita-cita nak jadi macam Redmummy tu.. awwwwwww!

Lepas tu, kalau ada entri atau idea, saya akan start ketuk. Macam sekarang ni, sementara tunggu student siapkan projek litar diorang, bolehlah saya mengomel di sini. Kalau tunggu je, memang layan sangap jelah. Lepas tu bolehlah pergi jalan-jalan ke blog kawan-kawan,'adoi Bedah.. patutlah pinggang ngan punggung aku makin lebar, jalan-jalan guna hujung jari je.. oiii.'

Jom, sambung cerita...


Entah macammanalah boleh tak sedar saya dah tekan butang stop sebaik sahaja alarm pada handphone berbunyi. Tau-tau je bila saya sentuh skrin handphone saya, jam digital menunjukkan angka 06.01. Dush!Subuh gajahlah saya hari ni. Eh, tak baikkan salahkan gajah..

Sebenarnya boleh je kalau nak terus Subuh kan, tapi kenalah mandi dulu. Satu lagi tugas wajib saya pagi hari ialah menggosok baju. Bukan tak boleh gosok malam sebelumnya atau kumpulkan hujung minggu gosok sekali harung, tapi saya ni ada masalah sikitlah kalau tak gosok baju pagi-pagi.. hik2. Alamatnya nanti ada masalah pelawasan.. kui2. Tak tahulah, dari zaman sekolah sampai sekarang, kalau tak gosok baju memang tak boleh nak ....**. Faham-faham sajalah ya..

Jadi.. apa tindakan kalau dah terlewat? Eh, kena jugaklah gosok baju. Baju anak, baju suami.. baju saya??? Kena cari yang paling mudah. Cari tudung bangun lambat. Kui2. Ahhh.. awak-awak semua yang perempuan tu pun mesti ada tudung standby kalau bangun lambat kan. Paling tidakpun ada dua tiga helai, tak perlu gosok, terus sarung.. huhu...



Kalau dah lambat tu alamatnya losen-losen yang macam-macam jenis tu harus tak disapu. Mana sempat dik nak sapu. Tang muka je dah lima macam.. hik2. Jadi hari ni tak payah sapu losyen kat badan, haiiii... makin kembanglah perutku sebab dah dekat seminggu tak sapu losyen limau nipis syifa.. apa maknanya tu? Maknanya hari-hari lain pun ahkak lambat jugakkk, tapi tak selambat macam hari ni. Yang hari-hari lain tu ada campur ngan malas.. huk2.

Jadi kita guna yang wajib je.. tang muka mesti gak pakai lima-lima tu supaya ahkak kekal jelita.. hahaha. Bukan apa, kulit saya ni agak sensitif. Dahlah tu.. tak lawa kauuu.. sapa yang kenal saya tahulah macammana. Jadi nak cover semua tu, kenalah pakai bedak tebal-tebal... ehhhhhh, taklah. Yalah, kalau kulit tu dah cantik, macam teman sebilik saya ni, Alhamdulillah, tapi kalau tak cantik, kita biar je pulak lagilah orang tak pandang kan.. kan..


haaa... tu dia barang-barang kosmetik akak.. Yang ni baru sikit, ada lagi dalam gobok kecik tu. Mesti pakwe lama akak syukurrrr tak kahwin ngan akak tengok barang-barang kosmetik akak ni... (isk, agak-agak dia baca tak blog saya.. hihi.)
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!