MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, April 19, 2010

jom buat 'cheese cake'




Assalamualaikum, Salam Sejahtera.... amboii.. hari-hari Isnin macam ni ramai yang mengeluh... 'monday blues' kononnya.. ahakz!

Hari ini saya nak kongsikan resepi kek keju yang saya buat Sabtu lepas. Sedap dan lemak manis rasanya ditambah pula dengan topping coklat ganache dan buah strawberry... memang terangkat. Kali ni Yaya betul-betul suka, berulang-ulang dia makan. Hai... makin chubbylah anak saya sorang tu.. Lagi satu dia punya suka sampai siap letak lilin konon-konon sambut birthday.. haha.

Resepi ni saya dapat dari Kak Jun 'cupcakekasih' . Base yang saya gunakan ialah adunan kek span jenama Nona yang saya buat sehari sebelum tu. Terima kasih ya, Kak Jun, saya kongsikan resepinya di sini untuk kawan-kawan yang lain.

Bagi yang baru nak belajar tu saya nak beritahu, base kek span yang kita gunakan ni, tebalnya lebih kurang dalam 1" je. Jadi kek span saiz biasa tu hendaklah dibelah dua. Jangan pulak letak semua dalam loyang ya. Sebenarnya saya pun baru belajar.. huk2..

Eh.. eh.. banyak cerita pulak ya.. Jom salin resepi..



Kek Keju Lemak Manis
Bahan-bahannya:
Base:
1 slice 8" kek span (saya guna adunan kek span jenama Nona dan dibelah dua)

Adunan Krim Keju
Bahan A:
350 gm susu segar
50 gm susu pekat manis
250 gm krim keju
50 gm tepung gandum diayak
5 bji merah telur

Bahan B:
5 biji putih telur
80 gm gula kastor

Cara-cara:
Adunan A:
1. Panaskan ketuhar 180'C. Lapik kertas minyak pada loyang berukuran 8". Masukkan kek span, ketepikan.
2. Masukkan susu segar, susu pekat manis dan krim keju dalam satu bekas tahan panas dan masak secara double boil. Kacau sehingga larut dan sebati.
3. Masukkan tepung, kacau lagi sehingga likat.Tutupkan api.
4. Masukkan merah telur, kacau hingga sebati, ketepikan.

Adunan B:
5. Masukkan putih telur dan gula dalam bekas mixer, pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan gebu dan stabil.

6. Masukkan adunan B ke dalam adunan A, kacau secara kaup balik adunan hingga sebati, tuang dalam loyang yang disediakan tadi.
7. Bakar secara 'steam bake' (letakkan loyang kek di atas dulang pembakar yang diisikan air sederhana panas) selama 1 jam + 20 minit, atau sehingga permukaan kek berwarna coklat keemasan.
8. Apabila masak, matikan ketuhar, biar kek dalam ketuhar dan buka sedikit sahaja pintu ketuhar. Keluarkan apabila kek telah sejuk.
9. Simpan kek dalam peti ais antara 5 ~ 6 jam, barulah dihias mengikut citarasa anda.


5 comments:

  1. sedapnye...bwaklah kat sini...nak rasa...huhuhu

    ReplyDelete
  2. erienz, camne nak bawak, anak dara akak dah bedal habis2an.. huhu

    ReplyDelete
  3. tu dia...meleleh coklat dia...beshnye...

    thanks sudi jenguk2 ke blog saya tu...kat sini pun best jugak...macam2 ada...bolehla kite link ye :D

    ReplyDelete
  4. salam yus...emmm sedapnya kek keju lemak manis tu...ditambah pulak dengan coklat dan strawberry tu...

    ReplyDelete
  5. Fiza, memang sy suka sgt coklat yang meleleh smpi melimpah2 ni.. hak2..
    kita bukan setakat jenguk2 lagi blog awak, mmg mngadap.. haha

    Kak Ima, ni gara2 tengok cheese cake kat blog Kak Ima la, tergoda i..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...