Kisah Ubi Kayu Rebus

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
SALAM JUMAAT, nampaknya dah seminggu saya tidak bersiaran. Seperti selalunya bukan tiada modal hendak bercerita tetapi keadaan masa yang tidak begitu mengizinkan untuk saya mengetuk di lappy, almaklumlah.. saya ni kalau dah menceceh.. hehe.
Sebenarnya ada beberapa cerita tetapi hari ini saya nak muatkan kisah anak saya yang begitu teringin hendak makan ubi kayu rebus.
Ini semua gara-gara guru Bahasa Melayunya bercerita tentang kehidupan orang dulu-dulu yang susah yang terpaksa menyuap ubi kayu rebus sahaja semasa zaman perang lantaran kesukaran untuk mendapatkan beras.
Dipaksanya saya membeli ubi kayu ketika singgah di pasar malam. Saya hanya merenung je ubi kayu tersebut sambil fikiran terus terbayang bila balik rumah satu hal pulak nak mengupas padahal bukanlah susah sangat ek.. hihi. Jadi saya katakan... mmm, nantilah, nanti bonda beli hari jumaat.
Mungkin sudah rezeki, semalam semasa singgah di rumah ibu saya, ibu bertanya, "Nak ubi tak, dah siap kopek dalam esbox, tinggal rebus je?" Wah... macam tau-tau jer kan, saya pun membungkus 8 ketul dan Alhamdulillah, sudah selamat masuk perut bersama sambal tumis ikan bilis..

Yaya pula tak habis-habis kata sedap sangat ubi rebus sampai siap nak bawa bekal ke sekolah. Oh, ya.. lupa nak beritahu, sebenarnya saya bercuti hari ni, tu yang sempat nak merebus ubi. Siapa-siapa yang teringin tu, bolehlah mendapatkannya dari pasar yang berhampiran ya. Yang ada pokok ubi, apa kata cuba tengok mana tu kalau akarnya dah berisi.. rezeki tu..
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!