SALAM SEJAHTERA.. selamat berhujung minggu. Letihnya hari ni, tapi syukurlah semua urusan dapat disempurnakan. Walaupun Sabtu merupakan hari cuti, tapi bukan Sabtu kali ini kerana sekolah anak saya mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW. Seawal 7.15 pagi saya dah berada di hadapan sekolahnya bagi memastikan Yaya dapat berarak bersama rakan sepersekolahannya kerana inilah pertama kali dia mendapat peluang ini. Ini disebabkan dia tidak hadir semasa Tahun Satu kerana demam dan tahun lepas tiada perarakan. Jadi kali ni dia memang bersungguh untuk sampai awal sehinggakan tak perlu dibangunkan pagi ini, kalau tidak... haiiii...
Alhamdulillah, syukur juga kerana kelas Yaya telah terpilih menang dalam dua kategori iaitu pakaian tercantik dan perarakan terbaik, hasil usaha guru kelasnya Puan Mahirah Yusoff yang menyediakan riben dan bendera kepada anak-anak muridnya. Bersemangat sungguh Cikgu Mahirah, tahniah ya cikgu.
Lepas hantar Yaya ke sekolah, terus pulang ke rumah, ingatkan sempatlah nak siapkan tugasan yang dipesan Ayu, tapi nampaknya masa mencemburuiku.. hik2, ada beberapa urusan lebih penting yang perlu diselesaikan.
Jadi sekarang nilah, rasanya saya dah bersedia untuk menjawab tagged Ayu;
7 SEBAB KENAPA SAYA MENJADI BLOGGER.... ermmm...
SEBAB YANG PERTAMA:
terikut-ikut... tetapi sesungguhnya yang sebenarnya saya telah terjebak dengan dunia blogger apabila pada satu hari tanpa disedari saya telah ter'click' satu laman yang memberi panduan bagaimana hendak mempunyai blog sendiri.
2. Di situlah tiba-tiba saya rasa, eh.. aku pun nak buat blog jugaklah. Sebenarnya.... (sebenarnya lagi??) dulu-dulu saya ingat artis-artis atau pun public figure je yang ada blog ni dan saya tak pernah pun cuba untuk membuka blog mereka... tak pandai kot.
3. Saya nak menyambung semula cita-cita saya dalam bidang penulisan. Mungkin ada yang dah tahu saya sebenarnya bekas wartawan sambilan di akhbar Harian Metro, Berita Harian dan Majalah Citra (dah tak ada). Dan dunia suratkhabar jugalah yang menemukan jodoh saya.. ishhhh.. dah melalutlah pulak ya..
4. Saya nak jadikan blog ini seperti diari saya yang tiada rahsia antara kita. Yang mana rahsia tu kira off recordlah ya, hanya saya dan Allah SWT sahaja yang tahu.
5. Ruang untuk bercerita aktiviti saya. Ada juga aktiviti yang tak saya muatkan, yang betul-betul best pada saya je akan saya tempelkan di sini.
6. Untuk menunjuk-nunjuk... ishhhhh.. tak baikkan, tapi terus teranglah kan, kadang-kadang saya tertanya sendiri... kenapa aku nak buat semua ni. Aku nak tunjuk dekat siapa? Nak bagitahu orang apa aku masak, apa aku buat, aku pergi mana.... tapi percayalah.. kami blogger2 tidak berniat begitu selain mencari kepuasan sendiri.
7. Boring... bosan.. jika tiada apa nak buat.. dan rupa-rupanya alam maya ni sungguh menyeronokkan dan adakalanya mengkhayalkan. Dan saya sedang mengasah mata pena supaya boleh menjadi mata pedang.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih