kuih cara berlauk muffin style

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum, dah tiba ke penghujung minggu, maknanya esok seperti biasa rutin berdepan dengan kesesakan jalanraya kembali melanda. Rasanya macam dah lama betul tak buka blog dan berblogging sejak petang Jumaat yang lepas. Penat dan mengantuk membuatkan hasrat hati nak menghidupkan lappy pun tergendala.. macam malas jer..

Tapi saya gagahkan juga untuk meng'update' malam ini, supaya entri tidak basi.. hehe. Kali ni nak masukkan entri masak-masak, biasalah kalau hujung minggu, macam-macam terlintas dalam kepala untuk memanaskan oven.

Baru petang tadi saya buat kuih cara berlauk ni. Selalu beli, kali ni nak cuba buat sendiri, pasal tak puas makan yang beli. Banyak kali jumpa resepi ni tapi main hafal-hafal gitu je dan tak pernah mencuba. Jadi kali ni setelah dicongak-congak saya cuba buat sukatan sendiri. Inti daging tu pun saya pakai hentam jer.. nak mudah dan cepat.. hehe. Pulak tu tak ada acuannya jadi saya gunakan loyang muffin.. boleh gitu?

Jadi kalau ada sesiapa yang ada penyakit 'M' macam saya bolehlah cuba, dijamin jadi.. insyaAllah..

Kuih Cara Berlauk Muffin Style
Bahan-bahan inti:
3/4 cawan daging lembu/ ayam kisar
3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1/2 st serbuk lada putih
1 st serbuk kari daging
garam secukup rasa
3/4 sb minyak masak
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar, kacau rata, pastikan daging tidak berketul.
2. Masukkan bawang dipotong dadu, serbuk lada putih, serbuk kari dan garam secukup rasa. Apabila bawang layu, tutupkan api, ketepikan.

Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan sapu loyang muffin dengan minyak masak.

Bahan-bahan kuih cara:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 cwn air
1/2 cwn santan pekat (saya guna santan kotak M&S)
1 biji telur
1/2 st garam
1/3 st serbuk kunyit
Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam jug pengisar (blender) diikuti tepung.
2. Kemudian masukkan santan pekat, telur, serbuk kunyit dan garam, kisar sehingga sebati.
Nota: Tujuan memasukkan air dahulu bagi mengelakkan tepung melekat pada pisau pengisar.

Bahan hiasan:
1 tangkai lada merah dipotong bulat

Cara menyediakan.
1. Tuangkan adunan 3/4 penuh ruang lompang loyang muffin yang telah disapu minyak.
2. Taburkan inti daging ke atas aduna kuih cara.
3. Taburkan sedikit lada yang dipotong bulat.
4. Bakar dalam ketuhar selama 30~35 minit atau sehingga ia masak.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sariyusa...rajin buat kuih ye...akak dulu nak buat kuih cara tu...siap beli acuannya kat melaka...heheh

    ReplyDelete
  2. Anie, nak juga cari acuannya tapi kena fikir panjg coz hubby ngan ank tak brp minat kuih ni, nt mbazir pulak.. hehe

    ReplyDelete
  3. wah!..wah!...ada kuih cara berlauk..sedap ni..hehehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!