MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, November 28, 2013

PERUT DIKEMUDIANKAN.. SEDAP DIUTAMAKAN... AMEKAW!

ASSALAMUALAIKUM...


ADAKAH sesiapa di sini yang gilakan sambal macam SK?
Tak silap SK pernah cerita di sini tentang betapa kuatnya SK ni makan sambal,
dua kali lima dengan ER, hehehehehe.
Mujurrrrrrrrrrr tak banjir masa majlis kahwin 13 tahun dulu, kan.. :-))))


Orang kata, jangan makan sambal banyak, nanti sakit perut.
Iye... betullah tu, kalau orang dah cakap, cuba dengar.
Ini tidak, degil.
Katanya.. sakit perut biar kemudian, yang penting layan tekak dulu.. huhu.
Laaa ni, SK tengah sakit perut gara-gara menikmati sambal yang terlampau semalam.
Lain kali sendiri mahu ingatlah SK :-(((
 

Sebenarnya, sejak pagi SK tertanya-tanya.
Apa agaknya yang dimakan sampai sakit perut?
Yang peliknya cuma SK seorang yang sakit, orang lain rilek aje.
Lepas tu bila SK belek gambar-gambar sambal ni (kebetulan semalam Iman rajin pulak ambil gambar) barulah SK ingat puncanya kenapa boleh sakit perut.
Agak-agak SK insaf ke?
Errrr... mungkin tidak kot.
Makan tanpa sambal ibarat lagu yang tidak berirama tau, agagaga...
 
Lokasi : Restoran Nasi Padang, Jalan Padi Emas 3/1, Bandar Baru Uda
 

6 comments:

  1. huih sedapnya sambal
    nasi panas dengan sambal pun laku

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/11/10-cara-berhenti-merokok-selamba-tapi.html

    ReplyDelete
  2. Xde smbal xselera makan..hehe

    ReplyDelete
  3. Arwah abah sy gitu la dlu kak....hidangan pelengkap msti sambal belacan....x mkn dia klau x de pedas2 ni...sama la ngan sy pun...

    ReplyDelete
  4. Samalah kita. Kakak pun kalau makan sambal lebih sikit sakit perut. Tapi tekak kakak kalau tak pedas tak boleh. Lagi pedas lagi sedap!!

    ReplyDelete
  5. Ha...sama2.....! Tak pedas, memang rasa tak complete makanan tu. Nasi goreng pun nak ada cili padi. Setakat pedas cili besar tu..aduhh...membazir jer. Kalau tak ada sambal sangat, korek peti ais. Dapat cili padi hijau sebatang pun cukuplah untuk bagi rasa menyengat tu. Tapi, kalau sambal hijau kat kedai nasi padang, kita hati2 juga makan. Bijinya tak hancur...hehehehhe. Sakit usus nanti kak. Kalau buat sendiri, kita blend halus2 atau tumbuk lumat2. Selamaaatttt sikit. Hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Bahaya nih...tapi ni yg sedap..hihih

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...