TERLERAI RINDU - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TERLERAI RINDU

Assalamualaikum... 


SELEPAS 20 hari berpisah, akhirnya terlerai rindu seorang ayah terhadap anak yang tak pernah hilang dari pandangan mata. Speechless sebenarnya bila Pak Inche menangis rindukan Iman. Sk sangka, orang lelaki ni kuat rupanya siapa sangka di sebalik wajah yang bengis di pandangan sesetengah orang, tersimpan sekeping hati ibarat tisu. Malah, Sk pulak yang lebih kuat dengan perpisahan ini. Bukan tak sedih, apatah lagi jika ke sana ke sini tak pernah berpisah. Inilah kawan baik, kawan bergaduh dan yang banyak membantu kerja-kerja Sk di rumah. Tapi, Sk sedar, sampai masa Iman pasti akan membawa haluannya sendiri demi meneruskan kelangsungan hidup.


Jarak antara kelas yang jauh, kedudukan kolej kediaman dan waktu makan dan rehat yang tidak menentu sepanjang Minggu Suai Kenal dan minggu-minggu pertama kuliah bermula membuatkan Iman kehilangan 13 kilogram. Pada mulanya, Sk tak perasan pun yang tubuh Iman dah agak susut tapi bila kami membawanya pulang ke tempat penginapan barulah Sk Nampak jelas perubahan Iman. Pipi dah sedikit kempis dan lemak di dagu memang ketara susutnya. 


Tapau Texas Chicken untuk Iman dan kawan sebilik. Hari tu ada ibu bapa kawannya yang datang bawakan durian, kfc, popialah dan cadangnya Sk nak belikan pizza sahaja tapi sehari sebelum tu mereka dah dapat makan pizza. Iman kata, kawan-kawan memang ada sebut nak makan Texas, jadi kita belikan texas ni enam set terus, senang makan sendiri masing-masing.


Texas Chicken Ipoh, besar betul banding dengan di JB. Mungkin kerana lokasinya yang terletak di kawasan deretan kedai dan bukannya Shopping Mall yang lebih terhad ruangan sewanya. Hurmm.. Sk pun dah lama tak makan Texas tapi masa nak tapau ni masih kenyang lagi, nantilah kot rajin nak ke Texas JB, tapi rasanya macam krik krik aje, malas nak berjalan, hahaha.


Dua hari tinggalkan Kamsis, kawan-kawan pun dah rindu dan tak sabar tunggu Iman balik, hahaha.
Syukur, Iman dapat kawan-kawan sebilik yang baik. Berapa kali bonda pesan, jangan membawang kawan-kawan. Jangan bergaduh, jangan bermasam muka dan macam-macam lagilah. Ialah, bila mak bapak jauh, jika terjadi apa-apa, kawanlah yang ada, tak gituuu??

Semoga mereka baik-baik sahaja di sana, InsyaAllah.

11 comments:

  1. Alahai...sebak plak SA baca kerinduan seorang ayah..orang lelaki memang camtu kot kan...seronok betul Iman dapat jumpa mak ayah dia...

    ReplyDelete
  2. woww turun 13 kg! bestnyaaa iman! nak jugak lerr jadi student tahun 1 balik...hahahah

    kita pun da lama tak makan texas...rindu laaa honey butter biscuit dia! sobsss

    ReplyDelete
  3. uih...tu baru 20 hari dah berat turun.. takpelah..janji iman happy..sihat..teringat kat husband kita gak, tingalkan anak kat kampung 2 minggu, dah meleleh air mata..Umi dia pulak yang kuat

    ReplyDelete
  4. bapak-bapak mmg camtu kan.. bila anak2 jauh, rindu diorg tu lain macam:-)

    ReplyDelete
  5. wahhh turun 13kg

    bestnya..

    takpe yang penting iman happy..^_^

    ReplyDelete
  6. pehhhh semudah ituu jeee iman turun 13 kilo....kak ain diaa nii rasaaa terseksaa betull nak turun walaupun sekilo..hahahhahaa..

    ReplyDelete
  7. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih