BOBALICIOUS - Alam Sari Di Tanah Jauhar

BOBALICIOUS

Assalamualaikum... 

PADA mulanya hanya ingin mencari sedikit kudapan untuk minum petang tetapi tertiba pulak terbeli minuman boba 😂😂😂 Nampak macam banyak sangat ke-tak-sengaja-an di situ, hihi.

Sebenarnya,  hujung dua minggu lepas Pak Inche mengajak Sk bermalam di Renaissance Hotel Johor Bahru.  Selalu kalau lalu petang-petang nampak ramai yang berjualan di hadapan Stesyen Minyak Petronas jadi ingatkan adalah goreng pisang panas-panas. Sedapnya pulak dicicah dengan sambal kicap,  kan..  Sekali tak ada pulak orang jual goreng pisang.  Ada bomboloni,  ayam goreng singgit dan nampak air boba ni,  bolehlah cuba kot lagi sedap dengan boba yang pernah Sk minum sebelum ni.


Boba Licious ini menggunakan 100% Fresh Creme Milk tau bukannya susu segar semata.  Bayangkan susu segar yang lemak berkrim tu diminum pula bersama bubble tea yang lemak manis tu.


Antara perisa yang boleh dipilih.  Tamak punya pasal Sk beli dua perisa iaitu Fresh Milk dan Coklat.



Suruh Pak Inche pilih yang coklat lepas tu dua-dua berebut minum fresh milk,  hahahha.


Mantap dan tak ada kurangnya dengan boba yang pernah Sk beli sebelum ni.  Sk tak pasti kalau BOBALICIOUS ni ada banyak cawangan tapi anda boleh cuba cari gerainya di hadapan Stesen Petronas Bakar Batu.  Memang tak menyesal laaaa


13 comments:

  1. Johor pun harga RM7 yg brown sugar tu. Taiping kemain RM8.50 dah la boba liat. geram betul haha

    ReplyDelete
  2. amboi kak seri.. tengok pun dah nampak sedap tu kak seri.. terliur wehh... haha

    ReplyDelete
  3. Brp RM kak. Aritu Ade beli Kat air hitam..Kat stall payung je..rm3 secawan beso tu. Sedap pulak tu..fresh milk jugak. Bublenya lembut2 penjal dikunyah

    ReplyDelete
  4. Ada nampak cuma tak pernah cuba aje..

    ReplyDelete
  5. wah...comel la pulak bekas dia..siap ada lebius gitu...jauh bebeno..kot ada nanti jumpa nak try jugak la

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap tu...SA blom lagi mencemar duli untuk minuman Boba ni semua..walau kat keliling SA kat KL ni banyak kedainya..SA masih cut sugar...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih