CARA MASAK KETAM BLACK PEPPER YANG MUDAH DAN SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CARA MASAK KETAM BLACK PEPPER YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...


"KETAM tak ada ke?" Tanya Sk kepada Pak Inche semasa beliau balik dari Kuantan dan membawa hasil pancingan dari Pasar Beserah dan Pasar Endau minggu lepas. 
"Ada..  Tapi macam tak berapa nak elok,"  jawab Pak Inche.

Pak Inche tanya sama ada Sk nak makan ketam,  tapi Sk saja tanya pun.  Ada jugak rasa nak makan tapi Sk ni sebenarnya paling kuat pun makan ketam dua keping (iaitu seekor ketam yang dibelah dua),  hahahahaha. 

Jadi,  bila semalam Pak Inche beli ketam di Pasar Tani dan hantar gambar ketam dah bersiang di WhatsApp rasa macam terharu gitu.  Tapi,  bila sampai rumah tengok kain di ampai tak berangkat,  di mesin tak berbasuh,  di katil tak berlipat..  semua rasa terharu terus terbang,  rasa nak ku gulai ketam dengan Pak Inche sekali
😝😝😝😝😝


Jadi,  dari angan-angan nak masakkan Ketam Lada Merah (Bercili)  terus jadi Ketam Lada Hitam 😂😂

Sangat mudah memasak menggunakan Sos Lada Hitam Ready Made ni.  Dah ready made,  mestilah senang, kan.  Eh,  tapi tak jugak,  kita kena tumis dulu hirisan bawang merah,  bawang putih,  halia dan daun kari sehingga wangi,  barulah masukkan rencah lada hitam ni.  Ketam juga kena goreng sehingga separuh masak terlebih dahulu. 
Hasilnya Masakan Ketam Black Pepper yang sedap macam kat 

Tak percaya,  cubalah!! 




6 comments:

  1. geng sis lin ni, suka sangat makan ketam! tapi dia lebih dari 2 keping..hahahahha

    ReplyDelete
  2. SA kalau dpt makan ketam x cukup sekor de...paling2 3 ekor paling besar..ketam ni x jadi lauk..elok untuk diratah je

    ReplyDelete
  3. lama dh x makan ketam dan kawanannya. tengah cuba kurang seafood intake

    ReplyDelete
  4. Alaaa tgok ketam teringat ketam salted egg. Sedapnyaaa heheehe

    ReplyDelete
  5. hahahhahahaha..sampai hati nak gulai ketam kan pak inche . hahahaha..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih