DAH TAHU DAH SIAPA SUKA 'STALK' SK KAT FB - Alam Sari Di Tanah Jauhar

DAH TAHU DAH SIAPA SUKA 'STALK' SK KAT FB

Assalamualaikum... 

DAH malam..  dah makan..  dah kemas,  haaa..  Inilah masa yang terbaik untuk kita 'stalk' facebook orang, kan.  Tengok mana dia pergi,  apa dia makan,  dia buat apa,  pendek kata selagi boleh korek,  masa nilah kita nak korek 😁😁😁

Uiii..  Ada ke yang macam tu ek? 
Tengok..  Macam tak aktif pun kat facebook, tak ada pulak keluar notification dia like atau taip komen pada post kita tapi dia tahu pulak apa yang kita buat.


Hari tu,  Sk nampak ada kawan kongsi cara nak tahu siapa yang 'stalk' kita.  Jadi,  Sk pun rasa macam nak cuba pulak,  nak tahu jugak siapa yang minat sangat dengan kehidupan Sk yang tiada apa nak dibanggakan sangat punnnn.. 


Mula-mula korang klik tiga line yang kat hujung belah kanan tu,  nanti keluar macam gambar kat atas ni,  korang klik settings & privacy


Haaa..  Korang klik tu..  Nanti dia keluar paparan macam kat bawah ni


Korang scroll terus sampai ke bawah sekali sehingga jumpa paparan macam kat bawah ni

Okey,  dah keluar macam ni,  kita kena klik Visit the Safety Centre tu

Klik situ.. Terus keluar gambar profile orang yang selalu stalk kita tu.  Tengoklah dia guna gambar apa,  kalau kucing,  kucinglah..  Kalau bunga,  bungalah korang nampak,  kalau dia letak gambar Ben Amir,  muka Ben Amir la korang nampak. 


Kalau dia letak gambar penyangak, penyangak la yang kita nampak. Kalau dia letak gambar ponti****, memang dasar pon laaa kauuu 😂😂😂

  Asyik nak 'stalk'orang je..  Apa masalah kau ni??!!!


5 comments:

  1. weyhhhhhhh 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  2. jadi macam mana ni, betul ke tak betul taktik ni? hahahahah

    konfius sudah nak cuba bila tengok gambar last..hahahahha

    ReplyDelete
  3. nyesal baca di jam 12am jumaat keliwon 😂

    ReplyDelete
  4. Nasib bukan SA...hahahaha...cuba gak buat ikut step by step ni...takde plak kuar pape...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih