SAFARI SEBENAR DI TABIN WILDLIFE RESORT - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SAFARI SEBENAR DI TABIN WILDLIFE RESORT

Assalamualaikum...

MASIH lagi bercerita tentang Media FAM Trip Tawau - Lahad Datu - Sandakan


Gendang gendut tali kecapi,  kenyang perut suka hati. Selepas menikmati makan tengahari di Restoran Dovist, Lahad Datu, kami dibawa ke Tabin Wild Life Resort dengan menaiki van  kerana jalan yang akan kami lalui nanti tidak membolehkan bas untuk masuk dengan selesa.


Tabin Wildlife Resort (TWR) merupakan sebuah rizab hidupan liar yang terletak di bahagian timur Sabah. Ia dianggap sebagai safari hidupan liar yang terbesar di Malaysia dalam kawasan segiempat tepat dengan keluasan 300,000 ekar.


Ia diisytiharkan sebagai Rizab Hidupan Liar pada tahun 1984 disebabkan bilangan besar haiwan yang tinggal di dalamnya. Menurut pemandu van yang membawa kami,  tiada rumah penduduk berdekatan melainkan rumah pekerja ladang dan pekerja resort sahaja.


Sepanjang jalan kami melalui ladang kelapa sawit dan juga tanah tandus yang begitu indah dipayungi langit yang membiru dengan tompokan awan.  Disebabkan jalan yang tidak rata dan berbatu,  perjalanan masuk yang hanya sejauh 27 kilometer memakan masa hampir satu jam.


Ketibaan kami telah disambut meriah oleh staf Tabin Wildlife Resort dengan meletakkan daun pandan yang dijadikan mahkota ringkas ke kepala, diberikan tuala basah yang wangi untuk menyegar wajah dan dihidangkan segelas minuman selamat datang. Kami kemudiannya diminta mengisi beberapa borang khas dan diberikan taklimat ringkas tentang aktiviti dan peraturan sepanjang berada di resort.


TWR mempunyai sebanyak 20 unit jungle lodge iaitu 10 unit River Lodge dan 10 unit Hill Lodge di mana Sk telah ditempatkan sebilik dengan Sis Lin di unit River Lodge yang mempunyai balkoni yang mengadap sungai. Keadaan bilik yang amat selesa dan luas serta kelengkapan bilik air yang moden membuatkan Sk lupa bahawa Sk sedang berada jauh dari hiruk pikuk bandar. Setelah seharian tidak mandi hahahaha, lega rasanya dapat membersihkan diri dan mengganti pakaian.


Kami kemudiannya terus ke Tabin Visitor Centre untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang Tabin Wildlife Resort. Di sini kami telah didedahkan dengan hidupan liar yang terdapat di TWR yang mana ia juga berkait dengan bentuk muka bumi timur Sabah yang agak unik.


 Kami kemudiannya menikmati makan malam yang disediakan di Sunbird Cafe. Boleh tahan jugaklah masakannya sampai Sk termakan banyak, hahahah. Bukan memang kuat makan ke?? Tak sangka pulak di tengah-tengah rimba ni ada chef yang hebat air tangannya, kan.


 Jam 8.00 malam,  kami menaiki trak khas untuk menjejak haiwan liar di safari sebenar. Menurut Mawi, pemandu pelancong Tabin Wildlife yang membawa kami,  malam itu jika bernasib baik (ke buruk?) mungkin kami akan terserempak dengan gajah namun kami hanya bertemu dengan kucing hutan species leopard yang sedang memburu mangsanya serta spesies burung,  monyet dan tupai yang jarang ditemui.


Hari kedua :
Seawal jam 5 pagi,  Sk dan Sis Lin telah ke kafeteria untuk menikmati sarapan yang disediakan. Seperti malam tadi, kami sekali lagi menaiki trak khas dan kali ini kami ke Lahar Lumpur Lipad atau dikenali juga sebagai Lipad Mud Volcano. Namun begitu kami perlu menempuh perjalanan sejauh 700 meter dengan berjalan kaki dan mendaki bukit sebelum sampai kawasan lahar lumpur itu.



Rugilah kalau dah sampai ke sini tapi tak mencuba topeng muka asli yang segar dari lava lumpur yang muncul dari permukaan tanah. Pada mulanya,  Sk menyangka lahar lumpur yang keluar tentulah panas atau suam tetapi rupa-rupanya sejuk apabila disentuh.  Bagi memastikan kita mendapatkan lumpur yang bersih,  kita dinasihatkan agar mengambil lumpur baru iaitu yang sedang berbuih kerana ditakuti lumpur lama telah disinggahi haiwan lain dan bercampur dengan najis haiwan.


Puas bertopeng muka,  kami sekali lagi menempuh perjalanan balik dengan berjalan kaki dan kali ini perlu lebih berhati-hati menuruni bukit yang walaupun landai tetapi risau kaki tersadung akar pokok yang melingkar.  Kami terus pulang ke bilik masing-masing untuk membersihkan sendiri sebelum daftar keluar dan dibawa ke Lapangan Terbang Lahad Datu untuk ke Sandakan.



bersambung...


Tabin Wildlife Holidays Sdn. Bhd.

HQ Office Address:

Lot 11-1, 1st Flr, Blk A, Damai Point, Jln Damai, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.


Lahad Datu Office Address:

Lot GL 02 Arrival Concourse, Lahad Datu Airport, 91108 Lahad Datu, Sabah, Malaysia.


Resort Location:

KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia.


GPS Location:

5° 11' 15.35" N 118° 30' 8.47" E


Telephone:

+6 088 267266


Fax:

+6 088 258266


Emergency Contact Number:

+6 016 830 6392, +6 016 830 7392, +6 016 810 6490, +6 016 810 6493


General Email:

enquiry@tabinwildlife.com.my


We're On Facebook:

Tabin Wildlife Holidays


http://www.tabinwildlife.com.my

Ikuti pengalaman rakan media yang lain dengan menyentuh tanda pagar
#VisitMalaysia2020 #VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#SyiokOSabah #SabahOKbah #visitsandakan #makansandakan
#experiencesandakan
#theWILD #theSAVOURY #theSTORIES #sandakanfoodfest #foodieSandakan
#TourismMalaysia #MalaysianHospitality #maswingmates


5 comments:

  1. Serius la semua aktiviti nature yang SA suka..sayangnya tak dapat join..kalau dapat join bleh jumpa korang kan....

    ReplyDelete
  2. hahahaha lucu la...chef hebat di tengah2 rimba...harussss lah ada kannn

    ReplyDelete
  3. Ayo Raih Kesempatan Mendapatkan Uang Ratusan Juta Rupiah... Bandar Sabung Ayam Online Terbesar dan Terpercaya di indonesia, Kunjungi Website Kami Di Ayo Daftar Disini Sekarang Juga untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda.
    Hubungi kami di WA: +62-812-2222-995 & Telegram : @bolavitacc


    ReplyDelete
  4. Best..sebab takde nyamuk..kemain risau kita takut nyamuk gigit huhuhu

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat masuk hutan macam ni :-)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih