MAKAN DI RESTORAN DOVIST, LAHAD DATU, SABAH - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI RESTORAN DOVIST, LAHAD DATU, SABAH

Assalamualaikum... 

MACAM rugi pulak rasanya jika menolak jemputan Tourism Malaysia ke Media FAM Trip Tawau - Lahad Datu - Sandakan,  baru-baru ini.  Perasaan melonjak-lonjak untuk melihat sendiri bandar Lahad Datu yang agak kontroversi suatu ketika dahulu dan akhirnya Sk membuat keputusan untuk menerima pelawaan tersebut. Kepada Pak Inche,  Sk tak sebut langsung tentang Lahad Datu,  begitu juga pada ibu dan adik beradik yang lain.  Sk cuma beritahu Sk akan ke Tawau. 

Lahad Datu merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian Tawau di Pantai Timur Sabah,  Malaysia. Bandar Lahad Datu ialah bandar keempat terbesar di Sabah, selepas Kota Kinabalu,  Sandakan dan Tawau. Lahad Datu juga mempunyai nilai sejarahnya tersendiri. Ia dikatakan merupakan tempat persinggahan datu-datu dari Kesultanan Sulu.  Lahad berasal daripada perkataan suku Βajau-Ѕinama, yang bermaksud tempat atau negeri, manakala Datu merupakan keturunan bangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau panglima dan pembesar daerah.

Kami berlepas dengan penerbangan Malaysia Airlines MH2660, seawal jam 7.15 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selepas hampir tiga jam penerbangan,  buat pertama kalinya Sk menjejakkan kaki di Tawau.  Dari sini,  kami menaiki bas ke bandar Lahad Datu dengan perjalanan yang melalui kampung-kampung. Hampir dua jam juga untuk  kami sampai ke bandar Lahad Datu.  Sama saja rupanya dengan bandar-bandar kecil yang biasa Sk pergi sebelum ini.
Kami kemudian dibawa Dovist Restaurant yang terletak di Fajar Centre Lahad Datu.


Sweet Sour Fish Filled.
Isi ikan dory salut tepung yang digoreng terlebih dahulu sebelum disiram bersama sos masam manis yang sangat sedap.  Ya,  sedap sampai Sk tak berhenti menyuap. Kombinasi masam manis dalam sosnya sangat seimbang sehingga Sk tidak menemui kekurangannya ditambah lagi chef yang tidak kedekut meletakkan bahan sos.


Chicken Lemon.  Ini antara masakan yang selalu kami pesan setiap kali makan di restoran makanan laut bagi menghilangkan rasa hanyir seafood di tekak. Ayam bersalut tepung berempah yang rangup di luar dan masih mengekalkan jus ayam.  Sos lemon yang tidak terlalu cair atau pekat,  masam dan manis secukup rasa.


Four Season Bean,  yang menggabungkan empat jenis sayur kekacang iaitu kacang bendi,  kacang panjang,  kacang buncis dan kacang botor. Juga digoreng tepung ala tempura terlebih dahulu sebelum dipercikkan sos hitam seakan dakwat sotong dan lada hitam.  


 Tiada dalam gambar,  Corn Soup. Semua hidangan ini boleh anda nikmati dengan harga RM26.50 sahaja seorang.

Restoran ini dibuka setiap hari antara
 jam 6am - 11pm

(2:30-5pm rehat)

Alamat : MDLD 3811, Lot73
Fajar Centre, Lahad Datu,  Sabah

Ikuti pengalaman rakan media yang lain dengan menyentuh tanda pagar
#VisitMalaysia2020 #VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#SyiokOSabah #SabahOKbah #visitsandakan #makansandakan
#experiencesandakan
#theWILD #theSAVOURY #theSTORIES #sandakanfoodfest #foodieSandakan
#TourismMalaysia #MalaysianHospitality #maswingmates

5 comments:

  1. Sedapnya makanan tu semua...tengok time ni jadi lapar plak perut...

    ReplyDelete
  2. Makan makannnn...makan di manaa?? makan di Sandakannn..
    Yaaa semua sedap, nanti nak trylaaaa resepi kacang tu...

    ReplyDelete
  3. Chicken lemon tu nampak sedap kak seri...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih