SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum...

DEBARAN kian terasa apabila anak-anak mula melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan di mana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan bermula esok selama seminggu. Hati ibubapa mana yang tidak gentar apabila anak menghadapi peperiksaan tambahan lagi zaman sekarang kejayaan seseorang diukur melalui pencapaian akademiknya. Begitulah yang Sk pernah alami suatu ketika dulu ketika Iman menghadapi UPSR malah sehingga menangis memohon dan merayu kepada-Nya.

Masa berlalu, pembelajaran tidak pernah berhenti dan peperiksaan sentiasa dijadikan kayu pengukur menentukan masa hadapan anak-anak. Mungkin ada segelintir ibubapa yang menganggap bahawa akademik bukan penentu kejayaan namun dalam dunia yang serba moden ini kita perlu akur kepada kehendak dalam dunia pendidikan. Walaubagaimanapun, usaha biarlah seiring doa dan tiada tempat lain untuk kita meminta pertolongan selain Allah swt selepas segala usaha yang kita lakukan.

Antara blog yang sering Sk jadikan rujukan sebagai amalan ketika anak menghadapi peperiksaan adalah blog Kak Mazelin Meseron DI SINI. Alhamdulillah, setiap pagi SK berkesempatan melakukan amalan ini sepanjang Iman menghadapi peperiksaan dan Alhamdulillah, Iman dikurniakan keputusan yang tidak dijangka pastinya berkat kasih sayang dan rahmat dari-Nya kepada kita yang tidak putus asa berdoa dan meminta.


Kepada anak saudara Sk, Indah yang akan menghadapi peperiksaan esok, bonda doakan semoga diterangkan hati dan dilapangkan dada serta dapat menjawab semua soalan mengikut kehendak soalan dan semoga kejayaan menantimu di masa hadapan, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

6 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak yg menghadapi UPSR. aamiin

    ReplyDelete
  2. Next is PT3 hujung bulan ni...as usual mama memang berdebar habis la...

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan peperiksaan calon2 UPSR

    ReplyDelete
  4. Good luck buat anak-anak semua, termasuk juga naka saudara Lin...

    ReplyDelete
  5. anak buah saya pun upsr tahun ni..moga semuanya dipermudahkan buat mereka..

    ReplyDelete
  6. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih