AGLIO OLIO SEAFOOD PASTA YANG SEDAP DI GOLDBEAN 93 - Alam Sari Di Tanah Jauhar

AGLIO OLIO SEAFOOD PASTA YANG SEDAP DI GOLDBEAN 93

Assalamualaikum...



KISAH dah berlaku beberapa minggu yang lepas sebenarnya bila dah terlalu bosan dengan kedai makan di sekitar kolej, kali ini Sk mengajak kawan-kawan keluar dari zon. Tak sangka pulak, baik punya plan sekali sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, hujan pun turunnnnn dan sepanjang-panjang jalan kami meredah hujan lebat. Dalam kesejukan timbul kerisauan macam mana nak turun nanti kalau hujan masih menderu tapi Alhamdulillah, sebaik sampai tempat yang dituju, hujan mula reda.

Sk tahu tentang Kafe Gold Bean 93 ni daripada geng JDT Blogger ketika mendapat jemputan pandu uji Honda yang berlangsung Julai atau Ogos lepas. Sedihnya masa tu, tak ada rezeki untuk terpilih tapi dalam masa yang sama syukur juga sebab rupanya ada perancangan yang lebih baik dari-Nya. Jadi, masa tu macam teringin nak makan salmon grill rupanya menurut kata staf restoran, cuma menu pasta dan burger sahaja yang ada. Kalau nak makan salmon kena pergi cawangannya di South Key. Kecewa juga sebenarnya tapi sentiasa percaya pada rezeki, Sk pilih untuk makan pasta.


Pasta pilihan Sk, Aglio Olio Seafood Pasta
Dah tak ingatlah harganya, pasta yang digunakan adalah fettucine.
Seafoodnya kupang, udang dan lala.
Rasanya pedas dan sedikit lemak, mungkin dari air rebusan pasta tu, memang sedap la, hilang kecewa tak dapat makan salmon, hahaha.


 Pilihan Kak Imah, Smoked Duck Quek Quek Quek, hahaha.
Cara masakannya macam aglio olio jugak tapi menggunakan daging itik yang disalai memberikan rasa yang sedikit berbeza. Sk tak cuba daging itik tu tapi kata Kak Imah, lembut dan sedap. Okey, lain kali datang boleh cubalah menu ni.

 Pilihan Naza, 
Prawn Pasta, juga cara memasak seperti Olio dan pastinya mewah dengan rasa udang.
Masa kami datang ni, tak ada orang lain, laaaama baru datang dua tiga orang amoi jadi dapatlah makan dengan tenang macam orang have-have, kah kah kah.


Have-have sangatlah rasanya bila dihidangkan minuman macam ni. Pilihan Sk tentunya Hot Coffee, kopi pilihan Sk, Hot Rose Latte, kot begitulah namanya. Rasa dia ada wangi-wangi tapi sayang tiada kuntuman ros yang mengiringi. Sekali sekala bolehlah datang sini selain jauh, kosnya pun boleh tahan la, selalu lunch RM7, sampai sini jadi doploh hengget, nak sangat, kannnn.

Burpppp! Alhamdulillah...







5 comments:

  1. Mahal tapi sedap memang berbaloi, jangan mahal tapi rasa pun takde kan Kak...

    ReplyDelete
  2. sesekali takpe eh Kak Seri, kalau hari² makan doploh hengget, kurus poket...

    ReplyDelete

  3. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete
  4. ya allah..aglio olio plakkkkkkkk....

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih