REVIEW FILEM: MONEY

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

LAMA tak mengulas tentang filem-filem yang SK tonton. Alah, bukan filem baru pun, tu yang malas nak tulis review, ada ke yang heran nanti? Tapi, disebabkan SK suka sangat dengan filem Money ni, Sk nak mengulas tentangnya. Punyalah suka dengan filem Money ni sampai SK menontonnya berkali-kali. 


Sinopsis :

Money, sebuah filem Korea yang ditayangkan pada Mac 2019, merupakan filem yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama yang bercerita tentang seorang broker baru bernama Il Hyun (lakonan Ryu Jun Yeol). Il Hyun merupakan anak petani yang mengusahakan tanaman rasberry yang ingin membantu kedua ibubapanya.


 Walaupun berusaha untuk memahami pasaran saham, namun Il sering kebuntuan dan kawan sepejabatnya telah mengenalkan dia dengan seorang pakar manipulasi pasaran saham yang bergelar The Ticket. 


Il Hyun diajar merintis pasar saham tipuan yang dirancang. Keduanya kemudian menyusun sebuah rencana untuk mendapatkan wang yang banyak untuk menjadi millionair. Babak demi babak menjadi semakin menarik apabila mereka dicurigai oleh Han Ji Ceol , seorang penyiasat kewangan.



Semenjak kemunculan Han Ji Ceol, kedua penipu tersebut mulai menghadapi masalah-masalah yang tak kunjung reda. Masa nilah kita pun tak senang duduk dibuatnya, hahaha.


Il Hyun ketika baru berkecimpung dalam bidang pasaran saham, begitu nerd sekali sampai ada satu ketika Sk nak nangis tengok dia punya 'blur' tu. Ia mengingatkan SK tentang lakonan bodoh-bodoh Jun Yeol dalam filem Believer, nampak macam lurus jer, tapi dialah sebenarnya mastermind.


Bila banyak wang, barulah ada yang memandang dengan penuh mata duhetan. Masa ni kehidupan Il Hyun mula berubah, hidupnya dilimpahi kemewahan. Rupa apek terus nampak hensem maklumlah dulu beruang sekarang berwang.



Lakonan yang semakin agresif. Wataknya benar-benar hidup. Ekspresi wajah berbeza. Masa ni kehidupan Il Hyun agak kucar kacir dan masalah datang bertimpa-timpa.


Apakah yang terjadi kepada Il Hyun apabila segala-galanya terbongkar?
Sk memang rekomen sangat anda untuk menonton filem yang sarat dengan debaran ini.
SK bagi 5 bintang!!



Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alaaa masa dia hanya beruang tu lagi good looking dari bila dah berwang...nampak jahat sangat...sobssss

    ReplyDelete
  2. Masa Astro bagi tayangan percuma semua channel ari tu kan..SA terjebak tgok citer Korea, ada la beberapa...terus dua beranak suka giler citer Korea skrg..sabar jer la..

    ReplyDelete
  3. Kita tengok sekali aje Mak Inche, Mak Inche sampai berkali-kali? Perghhh kita sebenonya tak suka cite saham-saham ni hahahaha..pening nak faham, tapi biasa tengok Heronya hahahahaa

    ReplyDelete
  4. Wow...macam best....bab bab duit..hohooo

    ReplyDelete
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!