FILEM 7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI TEMUI PENONTON 31 OKTOBER DEPAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Qplex Communications Sdn Bhd bersama Point Studios (dengan kerjasama Point College)
telah menerbitkan filem sulung mereka bertajuk 7 Hari (LOL) Kisah Cinta Langkawi, karya dan
arahan Anwardi Jamil. 


Filem ini dibintangi Josiah Hogan, Peter Davis, Mark Adam, Amai
Kamarudin, Shaharuddin Thamby dan Sharifah Shahirah. Pelakon-pelakon baru Chi Azim,
Tengku Norsaili dan Tengku Rhea juga turut diperkenalkan dalam filem komedi-romantik ini.
95 peratus penggambaran filem ini telah dilakukan di Pulau Langkawi, Kedah dan menerima sokongan resort Pondok Keladi dan Cassa Kaseh Guest House dan juga LADA (Langkawi Development Authority). 


Antara lokasi-lokasi di Langkawi yang dipaparkan dalam filem ini adalah Pantai
Cenang, Pantai Kok, Tanjong Rhu, Kuah dan Skycab Langkawi.


Filem ini arahan Anwardi yang ke 5 (Tuah, Ah Lok Kafe, Budak Lapok, Kerja Kahwin) dan
merupakan filem romantik-komedi yang pertama beliau hasil lakonlayar karya Anwardi bersama
Sarah Tang Yen Yen.

7 Hari (LOL Kisah Cina Langkawi akan mula Tayangan umumnya pada 31hb Oktober di 50
pawagam seluruh negara.

SINOPSIS

7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI 
merupakan filem Genre Komedi Romantik yang
sesuai untuk tontonan golongan remaja di era media.

 Ia mengisahkan seorang vlogger popular bernama Adira (dijayakan oleh Chi Azim) yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya.

Apabila beliau menerbitkan buku bertajuk Cara Memikat Lelaki Dalam 7 Hari, seorang
lagi vlogger di Langkawi bernama Joe (dijayakan oleh Josiah Hogan) mencabarnya untuk
membuktikan keberkesanan sistem yang disarankan dalam bukunya. Adira enggan
melayan cabaran tersebut tetapi pembantu peribadinya, Eli (dijayakan oleh Tengku
Norsaili) mendesak Adira untuk menyahut cabaran yang telah menjadi viral di media
sosial.


Cabaran yang dilontarkan kepada Adira bukanlah untuk Joe jatuh cinta dengannya dalam
7 hari tetapi untuk Adira menawan kawan Joe bernama Ben (dijayakan oleh Peter Davis)
yang berasal dari UK. Lebih-lebih lagi situasi ini menjadi rumit dengan kehadiran kawan
Joe iaitu Nik (dijayakan oleh Mark Adam) yang sering mengganggu pelan Joe untuk
merosakkan reputasi Adira (dengan cara yang tak sengaja).

Pada masa yang sama, ayah Adira, Datuk Rahim (dijayakan Oleh Shahruddin Thamby)
telah memaksa anak rakanniaganya, Zul (dijayakan oleh Amai Kamarudin) segera ke
Langkawi untuk memikat hati Adira, kerana dia inginkan Zul untuk menjadi menantunya.


Siapakah yang akan berjaya? Adira? Joe? Nik? Zul? Atau Ben?
Nantikan tayangan 7 Hari - Kisah Cinta Langkawi pada 31hb Oktober 2019 di pawagam
dan cineplex di seluruh Malaysia.


Cukup-cukuplah dengan cerita ganas, seram dan aksi. Isikan ruang hidup anda dengan
cerita-cerita romantik dan komedi pula. Tontonlah 7 Hari - Kisah Cinta Langkawi.

SENARAI PELAKON

Mark Adam sebagai Nik
Josiah Hogan sebagai Joe
Peter Davis sebagai Ben
Sharifah Shahirah sebagai Mok Cik.
Amai Kamarudin sebagai Zul
Shaharuddin Thamby sebagai Dato Rahim.

Memperkenalkan
Chi Azim sebagai Adira
Tengku Norsaili sebagai Eli
Tengku Rhea sebagai Rhea Koolfm.

Lakonlayar Oleh
Anwardi Jamil
Sarah Tang Yen Yen
Penerbit bersama
Sarah Tang Yen Yen
Wilsen Leong
Dato Kelvin Lee
Han Chung Huat
Dato Azman Aziz
Penerbit
Yoki Chin
Dato Tiar Mohd Shariff
Anwardi Jamil
Pengarah
Anwardi Jamil

90% lokasi filem ini adalah di Langkawi, Kedah.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah pelakon baru la heroin dia ni ek sebab dia "Memperkenalkan"

    ReplyDelete
  2. Lama tak tengok cite romantik gini hehehehe...asyik layan cite hantu je kat Netflix ...

    ReplyDelete
  3. Kalau ada Mark Adam sure citer ni kelakar...

    ReplyDelete
  4. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    WA: +85577773548
    Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM

    KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL

    WELCOM : WWW . SMSQQ . COM

    I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ

    ReplyDelete
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!