CHILLAX MARKET SETIAP RABU DI KOMPLEK SUKAN EDUCITY, ISKANDAR PUTERI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

CHILLAX MARKET SETIAP RABU DI KOMPLEK SUKAN EDUCITY, ISKANDAR PUTERI

Assalamualaikum...

SEMPENA Hari Sukan Negara pada Sabtu lepas, sembilan kampus di bawah EduCity bersama para staf Iskandar Investment Berhad (IIB), Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), X Johore Motorsport Scene dan juga penduduk setempat telah datang beramai-ramai ke Komplek Sukan EduCity bagi memeriahkan acara sempena Hari Sukan Negara. Sembilan kampus terbabit adalah University of Southhampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading Malaysia, Newcastle University of Medicine Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Management Development Institute of Singapore, Raffles University, Marlborough College Malaysia dan Raffles American School. Kemuncaknya seramai 5000 peserta berjaya dikumpulkan dalam acara  Karnival Sukan Educity itu yang julung-julung kali diadakan.

Enam acara outdoor dan indoor yang dipertandingkan pada hari tersebut iaitu futsal, bola jaring, bola keranjang, badminton, ping pong dan tarik tali. Manakala di sebelah petang berlangsung acara Auto-show Tournament yang disertai oleh pelajar, staf dan masyarakat setempat. Ia merupakan kolaborasi dengan X Johore Motorsport Scene.


Sk turut berpeluang menghadiri acara ini di mana pada hari yang sama telah berlangsung juga pelancaran Chillax Market yang merupakan gabungan bersama dengan PUJB. Ia adalah satu usaha untuk membuka mata pelajar tentang dunia keusahawan dan menambah kemahiran sosial. Lebih kurang 44 orang pengusaha kecil dan sederhana (SME) seperti food trucks dan vendor terlibat dalam acara pelancaran  Chillax Market ini.


Sebahagian dari Real-life Enterprenuership Challenge anjuran EduCity Iskandar Malaysia adalah dengan menumpukan kepada 15 booth jualan dari pelajar dan kakitangan yang mana mereka perlu membina identiti perniagaan sendiri, menghantar proposal dan melaksana plan semasa karnival. Sebagai sokongan, bahan-bahan mentah turut disediakan kepada pelajar yang ingin membuat jualan yang juga merupakan salah satu projek CSR PUJB. Antara produk pelajar ini adalah aksesori fesyen dan pakaian dari Faculty Of Fashion Design (Raffles University), essential oils, sabun organik, barangan terpakai, kosmetik, kraftangan, perkhidmatan e-scooter, lukisan henna serta jualan makanan dan minuman.


Lebih meriah, sempena Sukma 2020 yang mana Johor merupakan tuan rumah pada Julai tahun depan, Jimi, iaitu maskot Sukma 2020 turut hadir semasa pelancaran. Educity sendiri akan menjadi tuan rumah untuk acara bola sepak dan bola jaring. Untuk itu juga pihak PUJB sedang menyiapkan merchandise khas sebagai cenderahati di mana pelancarannya dirancang pada akhir Disember atau awal Januari depan. Warming pool juga sedang disiapkan dan dibuka kepada mana-mana atlet renang untuk berlatih di komplek sukan yang canggih ini.



Chillax Market di komplek sukan ini bermula jam 3.00 petang hingga 9.00 malam setiap Rabu. Ia dirasmikan oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Dalam ucapannya beliau memuji usaha EduCity Iskandar Malaysia kerana membuka peluang keusahawanan di kalangan pelajar dan staf yang diharap dapat menambahkan lagi kemahiran mereka dalam kemahiran sosial terutama bidang keusahawanan.


Pengarah Urusan Educity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berharap agar pelajar, kakitangan dan pengusaha serta penduduk setempat dapat merebut peluang sekaligus pengalaman daripada penglibatan dalam Chillax Market ini. Dalam acara perasmian itu beliau juga menyerahkan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada YB Sheikh Umar Bagharib Ali.

Iskandar Malaysia Studio pada hari itu turut menyumbangkan Mobile Kitchen (Kitchen On Wheels) bagi memberi kemudahan kepada pelajar yang ingin mengadakan demonstrasi masakan. Keesokannya, majlis penutup karnival dan penyampaian hadiah serta sijil penyertaan kepada para peserta telah diadakan bagi menghargai peserta yang terbabit.

Jika anda berminat untuk join sebagai usahawan di Chillax Market, anda bolehlah menghubungi talian 07 233 9000
atau menghantar email ke : info@my-iib.com

6 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih