KACANG POOL SEDAP DI MELOR KACANG POOL - Alam Sari Di Tanah Jauhar

KACANG POOL SEDAP DI MELOR KACANG POOL

Assalamualaikum... 

KACANG Pool tidak asing lagi bagi warga Johor.  Orang kata,  antara makanan yang patut anda cuba bila ke Johor,  selain dari Nasi Beriyani,  Asam Pedas atau Laksa Johor,  tidak lengkap jika anda tidak menikmati semangkuk Kacang Pool bersama sekeping roti bakar dan telur mata.



Kali ini, Sk nak bawa anda ke Gerai Melor Kacang Pool yang terletak di Medan Selera Iskandar, Gelang Patah. Di sini anda bukan sahaja boleh menikmati kacang pool tetapi juga pelbagai masakan etnik lain seperti Laksa Penang dan Mee Kari Nyonya.


Sk pernah dapat soalan, bagaimana cara nak makan Kacang Pool? 
Senang jer...
Mula-mula perahkan limau dalam mangkuk tu di atas kuah kacang pool jika anda suka masam, kalau Sk kurang suka masam, jadi SK perah sikit-sikit jer buat syarat, hehehe. Lepas tu siatlah roti tu dan cicah dalam kuah kacang pool, jangan lupa cekut sekali hirisan cili hijau tu baru ada umph!
Telur tu sukahati nak cekut sekali atau makan asing.
Yang best di Gerai Melor Kacang Pool ni, menggunakan telur yang agak besar sikit saiznya dari gerai kacang pool yang biasa Sk pergi sebelum ni.


Kalau anda rasa tak cukup kenyang makan Kacang Pool tadi, bolehlah pesan semangkuk Mee Kari Nyonya ni. Rasa rempah kari yang sebati dengan santan memang serasi bila digaul bersama mee kuning. Sk paling suka tauhu pok tu, macam span dia menyerap kuah kari tu dan bila disuap ke dalam mulut, kuah kari tu semua melebur bersama isi tauhu, perghhhh!


Bagi penggemar Laksa Penang macam Pak Inche, memang sukalah sangat bila datang ke sini.
Selalu jumpa laksa mesti kedekut nak letak salad dan timun tu, kan.. tapi dekat sini puas wooo, banyak dia letak salad tu, hahaha. Kuahnya sedap dihirup sehingga ke titisan yang terakhir.

Gerai Melor Kacang Pool ni sama satu bangunan la dengan Gerai Kampung Kambing yang Sk pernah tulis sebelum ni. Haa.. yang belum datang lagi ke Medan Selera Iskandar ni, bolehlah berkunjung ke sana hujung minggu ni. Alah, periuk kuali tu gantung dulu.. takpe... hahahaha.

Gerai Melor Kacang Pool
013-7838290 

Medan Selera Iskandar Malaysia

Dibuka setiap hari
9 pagi hingga 6 petang

5 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih