MAKAN DI HANAMARU UDON MIDVALLEY KL - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI HANAMARU UDON MIDVALLEY KL

Assalamualaikum... 

BERSIARAN dari Kuala Lumpur, yey! 
Sebenarnya plan asal pagi ini kami akan bertolak dari Johor ke Ipoh untuk melawat Iman tapi last minute,  Pak Inche dapat panggilan mesyuarat di sini semalam dan hari ini.  Hendak tak hendak,  terpaksalah Sk mengambil cuti semalam walaupun cuti tahun yang tinggal cukup makan saja,  hurmm.  Dalam masa yang sama syok jugaklah sebab dapat stay di Cititel Hotel yang bersebelahan dengan syurga membeli belah Midvalley.  Syurga shopping bagi orang lain laaa..  Sk tak suka shopping,  Sk suka makan je,  hahahha.  

Ternyata,  Midvalley bukan sahaja syurga membeli belah tapi juga syurga makanan.  Sediakan sahaja ongkosnya kemudian tepuk dada tanya selera. Semalam,  selepas Pak Inche menghantar Sk ke hotel,  dia terus ke pejabat,  jadi Sk jalanlah seorang cari makan di sini.  Kalau dengan Pak Inche,  tahu sajalah tekaknya tekak orang tua bak kata Iman,  jadi bila seorang-seorang semalam kita makanlah ikut selera kita,  teringin pulak nak menikmati santapan dari negara matahari terbit di Restoran Yoshinoya Hanamaru.  Tengok semua staf yang memasak di bahagian hadapan restoran adalah anak melayu kita,  jadi keyakinan untuk mencuba tanpa was-was tu tinggi juga. Walaupun tak biasa tapi kita follow jerlah apa orang depan buat,  kahhhhh!


Pinjam gambar dari facebook Midvalley, hehehe.  Sebenarnya Sk bukanlah peminat makanan Jepun. Tengok pulak kebanyakan menu yang ditawarkan macam tak berapa nak pedas dan berempah.  Sk ni jenis suka makanan yang berlemak dan berempah, no wonder lah,  kannn..  Hahaha.  Tapi,  Sk tertarik untuk singgah sebab nampak bunting ni di hadapan kedai,  cheese wehhh..  hahahahaha.


Katanya,  ini merupakan menu baru mengikut trend masyarakat Malaysia yang suka memasukkan keju ke dalam makanan.  Terdapat tiga pilihan Udon berkeju ini iaitu Chicken Karaage,  Beef Bukkake dan Mentai Beef Bukkake.
Hurmmm..  Nak yang mana ya???


Sk akhirnya memilih Beef Bukkake.  Dekat sini,  semua pembelian adalah secara layan diri,  kalau susah nak sebut,  anda tunjuk jer gambar menu yang dipilih tu kepada staf di kaunter kitchen tu.  Oh,  ya..  Kimcheez Beef Bukkake ni merupakan hidangan Udon yang diletakkan dua kepingan keju,  hirisan daging lembu yang nipis dan telah diketuk bagi melembutkannya,  tepung tempura yang rapuh dan kimchi serta taburan daun bawang yang banyak.  Tidak seperti hidangan udon lain di Hanamaru yang mengandungi sup yang banyak,  hanya sedikit sup berperisa sahaja diletakkan ke dalam mangkuk udon kita. Yang bestnya udon di sini kenyal tetapi lembut dan tidak licin seperti sesetengah udon ready made yang dijual di pasaraya.


Kalau suka,  anda boleh menambah Ontama ke dalam hidangan ini dengan hanya RM2 sahaja.  Semua condiments yang diletakkan ke dalam udon ni telah dipek siap tau dan terus diletakkan ke dalam mangkuk, jadi kita taklah macam rasa ralat kenapa daging aku sikit,  daging orang tu banyak,  kimchi aku sikit,  dia banyak,  haha.  Oh,  ya,  dalam piring tu ialah cucur ala Japang iaitu Kakiage Tempura yang merupakan potongan kecil pelbagai sayuran yang dicelup ke dalam tepung tempura dan digoreng rangup,  sedappp.  Untuk minuman,  hanya RM1.50 bagi greem tea dengan percuma tambahan tanpa had. 

Sehingga jumpa lagi di sesi makan-makan yang lain..  Wassalam
😘😘😘

6 comments:

  1. Iyerrr, kalau ke sana anak mesti ajak ke Midvalley...macam-macam ado, nak makan apa pun ado, dah lebih kurang gak macam kat JB ni haa...

    ReplyDelete
  2. suka konsep Hanamaru ni.. senang. makanan pun sedap2 =D

    ReplyDelete
  3. suka jugak makan udon kat hanamaru ni...sedappp

    ReplyDelete
  4. Sesekali nak mencuba takde masalah kan...SA tak berapa suka sebab cepat muak..

    ReplyDelete
  5. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete
  6. I'm thankful for the blog article.Much thanks again. Really Great.See Instagram photos and videos from 'Deskgram'

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih