MERONGGENG TENGOK WAYANG DAN MAKAN-MAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum... 

HARI meronggeng bersama Iman. Pak Inche kerja maka panjanglah langkah Sk.  Bukan apa,  melayankan anak seorang ni la.  Kalau Sk memang tahan melepak seharian di rumah tapi kesian pulak Iman ni sepanjang cuti memang tak ke mana-mana,  duduk rumah makan biskut dan oanaskan lauk-lauk yang ada.  Padan muka siapa suruh tak nak masak. 

Tengok Frozen II ada tayangan di Panggung 4DX. Best jugak kan,  lama tak layan wayang 4DX, kali terakhir tonton filem di panggung 4DX, Jumanji. Macam biasa pawagam pilihan Sk ialah GSC Paradigm Mall. Sampai menggigil pulak tengok Frozen ni apa tidaknya,  dahlah air-cond ditambah lagi dengan kesan angin dan air lagilah tambah sejuk.  Tapi paling syok bila ada salji turun,  rasa macam betul-betul kita ada dalam filem tu,  hihi. 



Sebelum naik ke tingkat 7 iaitu aras pawagam,  kami singgah dulu di Food Court bersarapan.  Beli teh o secawan aje sebab nanti tengok wayang tu memang Sk dah beli air siap-siap dengan pon corn.  Nasi lemak tu bukan beli di food court tapi kat warung simpang taman rumah,  hahaha..  Sungguh menjimatkan. 

Malam ni ada jemputan makan malam jadi nak kena simpan perut,  hahaha. Kongsi makan jer dengan Iman Spaghetti Bolognese dan kek Chocolate Indulgence.  Eh,  Boba Tea di Secret Recipe ni sedap jugak tau..  eh,  memang sedap laaaa. 

Sekejap jer cuti dah nak habis,  lagi seminggu jer duduk kat rumah. Duduk rumah pun tak buat apa sangat,  melingkau jerlah kejenya macam ulau atas pagau..  bina badanlah katakan,  hahahha. 

Review Frozen takyah la ya..  Hahahha. 



Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah lama tak guna perkataan 'meronggeng' hihi...

    p/s: iman nampak makin cantiklah :)

    ReplyDelete
  2. SA esok baru nak pi tengok Frozen 2...bawak askar2 hahaha...padahal termasuk SA 5 orang je pun...eh..eh..makin manis Iman..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Seri..best juga dpt layan Frozen..ain mlm ni bawa anak2 dia pi tengok wayang kat Dato Onn...

    ReplyDelete
  4. eh sekejap je rasa ek, da nak balik poli da iman...

    ReplyDelete
  5. reviewwww frozen 10/10 kanzzzzzz..gttteww..hahahhaa

    ReplyDelete
  6. keren....

    https://www.hartacod.com merupakan situs poker online , judi poker online, agen poker online terpercaya di Indonesia yang ada di Indonesia pada saat ini.

    ReplyDelete
  7. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!