SAMBAL UDANG UNTUK IMAN RUPANYA SALAH - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SAMBAL UDANG UNTUK IMAN RUPANYA SALAH

Assalamualaikum...

EH.. eh.. Kenapa tajuknya macam tu ya?

Hihihi.. ini cerita masa Iman baru balik, Sk memang teruja nak masakkan dia Sambal Udang sebagai salah satu masakan permintaan Iman bila balik bercuti, sekali salah, lah.. Iman bukan nak makan Sambal Udang tapi….


Nasib baik jugak Sambal Udang ni antara masakan kegemaran dalam keluarga Sk, jadi laku teruklah. Tak ada yang sia-sia di rumah Sk tu kalau dimasak, semua mesti licin. Burppppp!

Ni semua udang yang Pak Inche beli masa out station ke Kuantan yang pernah Sk ceritakan dulu


Memang dah lama, berbulan dah tapi Alhamdulillah, udang ni semua masih elok lagi, lehernya pun masih bercantum dengan badan. Dah jadi kebiasaan, setiap kali balik dari pasar, Sk akan bersihkan hasil pancingan dan susun dalam tipuware (bekas aiskrim terpakai). Jadi, bila kita bekukan dan defrost dia tetap elok terbentuk.

Resipi sambal macam biasa, Sk suka tambah cuka. Kali ini Sk tambahkan daun bawang bukan sahaja sebagai hiasan tapi juga menambah perisa seakan Udang Masak Sambal di Chinese Restaurant. (Sebenarnya ada daun bawang lebih masa masak

MEE KOLOK

 sayang nak buang, hahaha)

 Pes lada kisar macam biasa dah Sk siapkan awal-awal satu container jadi bila nak masak tinggal senduk dan tumis aje dalam kuali. Hari ni borak-borak dengan kawan pejabat, dia cerita memang kalau dia setiap kali nak masak baru kisar lada, Sk memang tak pandai la macam tu. kalau stok lada kisar dah habis, Sk akan restock dan kena sentiasa pastikan ada stok lada kisar ni, kalau tak memang tak berasaplah dapur, nanti cakap dengan Pak Inche lada kisar habis, kita makan luar, lah, hahaha. ALASAN!

Cara Sk buat stok lada kisar sekarang ni, Sk beli cili kering siap pek di pasaraya tu. Sebungkus kecil tu anggaran berat 200 gm, Sk cuci dan potong kecil kemudian rebus sehingga lembut. Lepas tu Sk kisar bersama empat biji bawang besar, masukkan air masak secukupnya, kisar hingga lumat. Air masak tu biasanya separas dengan lada. Lepas tu simpan dalam peti sejuk, nak guna cedok aje.

Ialah.. ialah.. lain kali Sk tunjuk gambar ya, hehehehe.

8 comments:

  1. Sedapnya sambal udang....lamanya tak makan udang...masih berpantang seafood kan...

    ReplyDelete
  2. perghhhh menggodanya visual sambal udang ni. hehe

    ReplyDelete
  3. apa fungsi cuka tu SK? substitute asam jawa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul.. Tapi mcm sedap sikit la dr kita guna asam jawa

      Delete
  4. Kalau namanya seafood, tak pernah gagal happykan tummy saya.. hehe. Boleh lah nak cuba guna cuka pulak nanti..

    ReplyDelete
  5. lepas ni nak try guna cuka la... kita pun memang buat stock cili blend.Kalau takde tu alamatnya ada chance ler nak makan luar..hahahahhaha

    ReplyDelete
  6. kita pun jenis nak masak baru kisar cili keringnya...patut la lama dapur tak berasap...hahahahha

    ReplyDelete
  7. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih