NASI AYAM HAINAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
10




ASSALAMUALAIKUM wbt

DAH
makan ke? Urmmm, mestilah dah, kan.. dah pukul berapa ni. Eh, hari ini saya makan awal pulak, hihi. Selalunya, kalau hari-hari minggu ni, selagi tak cecah jarum jam tu kat nombor tiga, memang belum makan lagi. Ada sebab saya masak awal hari ini, sebab petang ni ada projek. Projek apakah??? Tungguuuuuuuuuuuu!! Hihi.

Hari ini tetiba jer ER teringin nak makan nasi ayam hainan. Wah, senanglah kerja kalau masak nasi ayam hainan, sebab semua pakai rebus, tambahan pula ada banyak perkara nak buat hari ini, kan. Urmmm, saya ni kekadang tu, naklah juga mencuba resepi nasi ayam dari teman-teman tapi ER ni cuma berkenan resepi original wife dia ni. Jadi kalau nak restu suami, janganlah menderhaka, kenalah taat, hihi. Kali ini, saya tumis pula bahan nasi dengan minyak sapi, nak bagi clear peti ais, huhu. Kalau nak tengok cara saya memasak sebelum ni, boleh tengok di sini. Urmmm, resepi ni boleh jadi rujukan kepada mereka yang baru nak belajar masak nasi ayam sebab sangat mudah dan senang. Minyak sapi tu bolehlah digantikan dengan margerin, mentega atau minyak masak biasa pun boleh. Masak sendiri ni, puas sikit makan ayamnya, taklah macam makan kat satu kedai tu, harganya mak aih! Dah dekat RM7 tapi ayamnya secoet, huhu.. salad tak ada, tomato tak ada, alat-alat timun dua hiris, patutlah kaya kakak tu... sampai ada dua tiga rumah batu.. huhu.

Nasi Ayam Hainan
Sumber : Alam Sari

Bahan-bahan dan Cara:
1 ekor ayam kecil (potong sederhana besar)
2 liter air
1" halia (hiris)
1/2 sb garam
(Rebuskan kesemua bahan ini)

Nasi:
3 cawan/pot beras (dibasuh bersih dan direndam sehingga air rebusan tadi mendidih)

Bahan Tumis:
3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1/2" halia*
(*semua bahan dimayang halus)
1 batang kulit kayu manis
2 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 sb minyak sapi
-Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan sehingga layu jangan terlalu garing. Tutup api, bahagi dua bahan tumis.

- Apabila rebusan ayam tadi mendidih, toskan beras yang direndam tadi. Masukkan 1/2 bahagian bahan tumis ke dalam periuk nasi bersama beras dan 3 1/2 cawan air rebusan ayam. Masukkan sehelai daun pandan disimpul (jika ada) dan masaklah nasi seperti biasa.
- Terus merebus air rebusan sehingga ayam cukup lembut, apabila ayam lembut keluarkan ayam dan masukkan dalam besen yang mengandungi air sejuk (dari peti ais). Biarkan terendam 15 hingga 20 minit. Kemudian toskan ayam dan lumurkan ayam dengan 1sb minyak bijan (kalau tak ada tak apa) dan 2 sb kicap cair.
- Air rebusan tadi asingkan 1 cwn untuk kuah kicap dan 1/2 cawan untuk sos cili. Kemudian ambil 1/2 bahagian bahan tumis tadi, masukkan dalam air rebusan, kacau sebati dan bolehlah dimatikan api.

Bahan kicap :
1 sb kicap pekat
3 sb kicap cair
1 sb sos tiram
1 sb madu
1 sb minyak bijan (optional)
1 sb gula perang/pasir
1 cwn air rebusan ayam
-kacau rata semua bahan dan masak mendidih

Bahan sos cili:
3 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
2 sb jus limau
2 sb gula pasir
1 sb cuka
1/2 cwn air rebusan ayam
-kisar halus semua bahan dan masak mendidih

Bolehlah dihidangkan semua bahan bersama salad, hirisan timun dan tomato.
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Anak lelaki saya penggemar nasi ayam... tp ibu dia tak pernah buat pun. Nasi ayam ni nampak sedap, bolehla sy cuba nanti.. (bila lah tu ye?.. harap2 rajin..)

    ReplyDelete
  2. Zefa, kenalah cuba juga ni, jgn tidak2 ya, hihi

    ReplyDelete
  3. wow sedapnya menu Yus arini, akak masak ringkas je...ikan goreng..kih3...

    ReplyDelete
  4. Kak Yatie, ikan goreng makan ngan nasi panas2 letak kicap manis, terbaekk!!

    ReplyDelete
  5. Sari akak ni masak nasi ayam... hentam saja...tak tau ler hainan ke aper ke...hehehe...janji anak2 makan licin...

    ReplyDelete
  6. Kak Anie, haha.. hentam saja pun licin, mesti sedap tuuuu...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...kak nur suka nasi ayam hainan...

    ReplyDelete
  8. Sari, ok jugak ni idea nak masak di hujung minggu...hmmmmmm syok nih kawan dgn org pandai masak!

    ReplyDelete
  9. Kak Nuridah, nasi ayam hainan paling sihat, kan.. hihi

    ReplyDelete
  10. Kak Zuwaidah, saya pun suka kwn dgn Kak Zuwaidah, bestt!! hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!