SOTONG MASAK KICAP MASAM MANIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...
 
SK dah terliur dengan Sotong Masak Kicap Masam Manis yang resepinya dikongsikan oleh Kak Siti Btp dalam blognya. Macam mana Sk boleh terjumpa blog Kak Siti... ?? Sebenarnya Sk memang suka 'check' sumber klik blog Sk ni. Satu hari tu Sk terperasan satu link yang tidak dikenali, rupanya dari blog Kak Siti. Terima kasih Kak Siti kerana sudi 'link'kan blog Sk dalam side bar blog Kak Siti. Jom baca kisah Kak Siti membesarkan tiga anak syurga di blog beliau DI SINI.
 
Sotong Masak Kicap Masam Manis
 
Bahan-bahan :
 
1 kg sotong (dibersihkan dan dikelar-kelar sahaja)
4 biji kentang (potong baji dan goreng garing)
1/2 cawan cili kering dikisar
3 labu bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1" halia dikisar (Sk hiris kasar jer)
1 sudu kecil cuka
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan kicap manis (Sk kurangkan)
garam (Sk tak letak)
Gula (Sk letak 1 sudu besar)
Minyak untuk menumis
2 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 tangkai cili hidup ( dipotong serong)
 
Cara Memasak :
 
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis (gunakan minyak goreng kentang)
 
Tumis bahan kisar dan halia hingga garing.
 
masukkan sos tiram, cuka, kicap pekat dan kicap manis.
 
Masukkan gula.
 
Masukkan sotong.. masak dalam 7 - 8 minit sahaja.
 
Masukkan hirisan bawang besar dan lada.. tunggu bawang layu sekejap.
 
Masukkan kentang yang digoreng, kacau sekejap.
 
Sedia dihidangkan.
 
Sedapppppppppppppp!!
 
 


Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!