BUAH TANGAN DARI SANDAKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
Assalamualaikum...

HARI terakhir di Sandakan, Sk dan teman media yang menginap di Hotel Pavilion Sandakan mendaftar keluar seawal 8 pagi selepas menikmati sarapan pagi di cafe hotel. Dari hotel kami terus ke Pasar Umum Sandakan untuk membeli buah tangan yang akan dibawa pulang ke Semenanjung. Dalam wallet Sk rasanya macam ada RM200 jer dan SK tak berhasrat untuk shopping sakan pun. Kalau boleh nak belanja RM100 jer, hahaha. Ialah, selalu kalau ke mana-mana dengan Pak Inche, bab shopping ni dialah nombor satu, kita tukang tunjuk-tunjuk aje terutama perkara yang melibatkan barangan dapur. Sk juga malas nak pikul-pikul barang ni lebih-lebih lagi bila naik belon, hahaha.


Inilah wajah-wajah rakan media yang sama menginap di Pavilion. Sebenarnya ada 10 orang tetapi tiga orang lagi lebih awal daftar keluar kerana mengambil penerbangan awal pagi ke Kota Kinabalu. Dari kiri, Insyirah (blogger Singapore), Illya (blogger KL), belakang SK tu orang kuat Tourism Malaysia yang SK panggil Rahmah, rupanya dia lebih tua setahun dari Sk, terkejut sebab ingatkan pangkat adik lagi, hehe. Hulubalang yang selalu mengiringi kami ni namanya Rudy (blogger dari Penang), sebelahnya Miera (blogger KL) dan Sis Lin teman JDT Blogger dari JDT.


Kami terus masuk ke kedai cenderamata yang terletak di sebelah kanan pasar. Tengok dari luar saja, SK dah agak, ini kedai untuk pelancong. Kalau pelencong-pelencong macam kami ni lebih baik cari kedai lain. Pengalaman SK yang selalu ke tempat-tempat macam ni menggerakkan hati SK tentu ada kedai yang menjual ole-ole dengan harga yang lebih berbaloi.






Sk masuk ke dalam pasar dan bertanyakan tentang kedai cenderamata yang lebih murah dan dia menyuruh SK naik ke tingkat atas. Pasar Sandakan ni tak jauh beza pun dengan Pasar Siti Khadijah atau Pasar Payang cuma ruangnya lebih lapang dan orang pun tak berapa ramai.


Dari balkoni tingkat atas jelas kelihatan beberapa bot nelayan berlabuh menurunkan hasil tangkapan. Tapi peliknya, apabila Sk bertanyakan di mana hendak dapatkan hasil laut segar mereka memberitahu waktu itu kebanyakannya telah habis dijual, hurmm.. mungkin sudah ada peraih yang menunggu dan orang awam perlu menunggu di waktu yang lain, SK agak kurang pasti.



Suasana di tingkat atas, kebanyakan kedai menjual pakaian, kasut dan keperluan rumah serta peribadi. Banyak juga kedai yang masih tutup. Nasib kami baik kerana dapat membeli t-shirt dengan harga patut berbanding kedai cenderamata tadi, hihi.



Kemudian, masing-masing tersangkut membeli gelang mutiara custom made di sini. Menurut kakak penjual ini dia menggunakan mutiara asli dan bukan manik atau plastik. Sk juga membeli beberapa utas gelang tapi lupa nak beli untuk diri sendiri. Dah tua-tua ni rasa lebih selesa memakai gelang basahan berbanding gelang mutiara yang tidak tahan lasak dan mudah putus.
 Sk tutup mata beli seekor patung monyet proboscis yang berharga RM50, hahaha. Kesian pulak kalau tak bawa balik seekor untuk Iman, kahhhh.





Selesai berbelanja t-shirt dan mutiara, kami turun kembali ke bawah.yang menyambungkan kami ke bahagian jajanan Sabah yang tidak didapati di Semenanjung seperti amplang, biskut cincin dan beberapa jenis roti dan biskut yang pelik-pelik. nak beli pun takut, hihi. 








Dengan baki duit yang ada, SK belilah juga beberapa bungkus amplang dan biskut cincin sebagai jajan untuk adik beradik dan kawan sepejabat. Kakak jual amplang beritahu, dia juga jual ikan bilis dan pelbagai ikan masin kering. Dia juga tawarkan khidmat pembungkusan percuma supaya mudah check-in luggage nanti. Sk tengok-tengok duit dalam purse tinggal doploh hinggit,.. mana nak beli ikan bilis, huwaaaaaaaaaaa.


Kalau di mall, bolehlah kita paywave dengan debit card kan, kat pasar ni apa yang nak dipaywave-kan, hahaha. Sk diberitahu ada mesin rimau tak jauh dari situ. Nak pergi bank dan patah balik, oh tidaklah. Anggaplah tidak ada rezeki.


Lepas minum sekejap di Restoran Zakaria depan pasar, Sk jalan kaki seorang menuju ke mesin rimau sementara yang lain katanya nak lalu di tepi laut. Tak ada masalah pun jalan seorang di Bandar Sandakan walaupun tempat ini asing bagi SK kerana ternyata bandar Sandakan merupakan sebuah bandar yang moden dan selamat dikunjungi.





Terima kasih Tourism Malaysia kerana membawa Sk menjejak Sandakan
Media FAM Trip to Tawau - Lahad Datu - Sandakan ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari Malaysia Airlines, MASWings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Assocation, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.

Terima kasih semua, ada umur panjang kita bertemu kembali.
InsyaAllah.
Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mak kita kemain suka dapat ikan bilis mata biru dan juga udang kering geragau tu Kak..gile murah sebungkus rm10 dan rm3 ..nak beli banyak, dah tak sanggup nak pikul dah huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Bestnya pergi sabah...amplang memang wajib beli hehehe

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok hasil2 laut tu. Even dah dikeringkan mesti sedap juga tu.

    ReplyDelete
  4. memang cepat habis kak seafood segar kat jeti tu..sebab seawal 3 pagi lagi diorang dah start packing untuk bawak naik belon ke semenanjung dan sarawak...

    ReplyDelete
  5. macam-macam ada, rambang mata nak pilih buah tangan macam ni.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..rezeki kan...biasanya hari last la hari nak shopping..

    ReplyDelete
  7. Hi, Beeha singgah and follow blog ni. ^^ jom singgah blog beeha https://beehaazman19.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum SK...bestnya dpt lawat tempat org lebih2 lg ke Sabah ni...kalau kat Sabah ni ikan bilis n udang kering mmg byk dijual...semuanya jenis gred ikan bilis n udang kering baik skali...

    ReplyDelete
  9. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!