ASSORTED LOTUS BISCOFF CHEESE TART YANG TERSANGATLAH SEDAPNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

MACAM tak percaya, Sk kembali dengan Assorted Tartlets atau Assorted Lotus Biscoff Cheese Tart setelah hampir dua tahun jugak tidak lagi bertapa di dapur menyiapkan tempahan peminat cheese tart Sk. Faktor usia mungkin, Sk dah tak betah lagi berlama-lama di dapur. Menyiapkan tempahan cheese tart bukannya sehari dua. Dari menyiapkan crust tart sehinggalah membersihkan semua perkakas memaksa kita untuk berdiri lama. Rasanya, Sk mula memperlahankan rentak sejak Iman mula masuk Tingkatan Lima, di samping dah kurang tenaga, kononnya nak beri perhatian dia mengulangkaji, padahal... anak sibuk ulangkaji, dia sibuk layan movie, kahhhh.

Apa agaknya yang mendorong Sk buat comeback ni? 

Hahaha.. sebenarnya bukan buat comeback pun. Sk terjatuh hati dengan bentuk crust tart terkini yang bulat licin sekelilingnya. Nampak seksi giler, lagilah bila dah dicurahkan filling cheese dan topping yang pelbagai rupa. Jadi, per per (perkara pertama) yang mesti dibuat dahulu ialah mendapatkan acuannya. Per du nya pulak (Perkara Dua) kenalah cari bahan utama untuk crust dan intinya iaitu Lotus Biscoff (Biskut) dan Lotus Biscoff Spread yang dah di beli sejak dua bulan lepas rasanya, hahahaha. 

Per Du tu dah dapat, Per Per tu punyalah susah nak jumpa di kedai bakery. Seeeeeeemua kedai bakery tak ada pattern yang Sk hendak dan kalau ada pun saiznya agak besar. Dalam pada tu, Sk terbeli jugaklah beberapa biji saja-saja, hahaha. Akhirnya Sk buat pre order acuan dari Indonesia tau, punyalah sabar tunggu tiga minggu, ialah.. sebab SK kan ada jugak buat jualan produk pre order, tiga minggu tu sekejap ajelah, sekejap tak sekejap, dua bulan la biscoff biskut dan biscoff spread tu tersadai dalam kabinet, hahaha.. tapi... tapi...

Bila nampak crust ni boleh dibeli melalui pos, tanpa berfikir panjang, Sk terus pesan empat kotak terus, hahaha. Bila ada yang senang, buat apa nak susah-susah, ya tak? Ingat rajin ke Sk nak balik semula zaman purba dulu tekan crust tart satu-satu sampai nak zzzzzzzzz. Lagi pulak harga yang ditawarkan berpatutan. SK harap idok ler nanti naik harga sebab macam nak kena beli jugak lagi ni haaaa.. ada yang merajuk sebab tak dapat beli cheese tart Sk sedangkan dah lama memendam kerinduan katanya, bawa bertenang ya.

Kurang satu kerja sebab dah beli crust readymade. Kalau tak kena blend biskut tu dulu la, nak adun tepung, cetak, bakar, kemas.. pun dah makan masa semalaman jugak. Oh, ya.. untuk resepi tart shell ni, Sk join kelas PJJ ya, jadi minta ampun maaf banyak-banyak, Sk memang tak boleh nak kongsi resepi crust tu. Ini bukan soal lokek resepi ke apa tapi amanah. Kalau ada orang lain bermurah hati kongsi, itu terpulang tapi bagi Sk, kalau amanah tu memang wajib dipelihara selagi belum menutup mata.

Tinggal susun aje crust dalam dulang. Kerja ni kita bagi Iman buat sebab memang dialah yang memaksa Sk buat semua ni. Rindu sangat nak makan cheese tart bonda yang sedap tiada tandingannya. Alhamdulillah, Allah bagi sedap. 

Walaupun crust ni semua dihantar melalui pos, rezeki Sk yang Allah bagi, hanya dua biji sahaja crust yang berderai tak boleh pakai, yang lain semua sempurna dan ada tiga empat biji yang sompek atau pecah tepi.

Lepas susun crust, Iman terus masukkan inti atau filling ke dalam crust. Sk buat empat perisa iaitu lotus  biscoff, strawberry, blueberry dan lemon curd. Lotus Spread tu, Iman habiskan semua sebotol 200 gm., dapat 40 biji. Flavor strawberry  guna jem homemade yang Sk beli di Cameron Highlands. Filling blueberry tu memang baru beli kat bakeri. Yang kelakar, piping bag cuma tinggal dua helai jadi Iman kena guna sudu isi satu-satu dalam crust, jenuhhhh!

 Lemon curd ni, Sk buat sendiri dan disebabkan Sk rasa resepi lemon curd dalam pjj tu macam susah dan guna banyak bahan, SK gali resepi dalam blog sendiri, nanti Sk kongsikan dalam post lain.

Alhamdulillah, yang ini paling buat Sk nak menitik ayaq mato... oven Sk masih berfungsi dengan sangat baik. Paling penting, skill picit cream cheese dalam crust tu masih belum hilang, hahaha. Bab picit cream cheese tu memang Iman belum pandai malah dia tak berani nak mencuba pun, ok tak apa, pelan-pelan nanti kita train dia tapi nanti kalau dia dah balik poli siapa lak nak menolong? Takkan nak soh Pak Inche??? 😝😝😝

Strawberries dan blueberries yang telah dibeli sehari awal. Lepas beli terus cuci, bilas dan simpan dalam fridge. Hiasan strawberry tu Iman yang siapkan sampai habis, senang kerja SK kalau dulu memang dia tak pandang la. Orang yang paling gembira bila nampak buah tentulah Pak Inche, asyik nak mengecek aje, bila ada lebih, dia terus ngap semua sampai habis, bapak siapalah niiii?? 

Iman jugak tolong pek semua ni, lagi cepat siap sebab packing ni renyah jugak kerjanya.
Mula ingatkan nak jual 6pcs x 10 kotak aje, lepas tu fikir alang-alang, buat doploh kotak bagi balik modal, hahaha. Open fast sales di group goshop office. Lepas tu pek.. pek.. pek.. selepas diasingkan untuk rumah Angah, Cik Ani dan rumah sendiri dapat 22 kotak. Risau jugak kot Iman nak makan banyak, kan.. tapi dia kata, tak apa bonda, jual jer semua. (sambil dia membayangkan duit upahnya)

Biscoff dan Lemon Curd sahaja dalam kotak ni, dapat 25 pcs dan Sk memang simpan lagi kotak-kotak ni semua tau, memang tak ada beli baru dan semuanya dalam keadaan baik sebab kita simpan baik-baik, kan.. Yang ini, bila Sk post dalam fb, tetiba dapat call dari kawan sepejabat dulu, nak beli untuk misi-misi yang rawat bapanya yang sedang dirawat di hospital. Terima kasih ya kak, sudi meminang cheese tart kita. Semoga diringankan kesakitan bapak akak dan segera sembuh, Amiiiinnnn.

Abaikan pancitan topping lemon curd tu ya, Iman budak baru belajar, hihi.

Terharu betul baca komen kawan-kawan yang beli cheese tart Sk semalam termasuk satu yang mencuit hati ni. Nampak tak, dia gigit sikit-sikit tiga biji cheese tart tu. Yang paling rare, kawan yang ni tak makan cheese sebab tak suka sangat. Pembawakan budaklah agaknya tetiba suka dengan cheese. Semoga Allah swt membalas segala kebaikan dan kemurahan hati mereka yang berurusniaga dengan Sk semalam.. Aminnnn Ya Rabbal Alamiiinnn.

Sebagai baker cheese tart, Sk cuma nak kongsi di sini, untuk resepi cream cheese tu, anda boleh gunakan resepi cream cheese cheese tart jer. Tapi, kalau anda rasa nak join PJJ tu, bolehlah cuba buat carian Assorted Biscoff Tartlets By Mombakers & Miza Ramli.

Antara keempat-empat flavor ni, yang mana paling sedap?

Bagi Sk semuaaaaaaaaaaa sedap! Lotus Biscoff tu rasanya macam aiskrim tau. Lemon Curd pulak masam-masam dan memang sedap, yang lain pun sedap, haissshhhh! semua sedap laaaa... huwa huwa huwa!

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. favret nie...makan sekali mesti nak lagi..haha

    ReplyDelete
  2. Masha Allah! Terpegun daku melihat hasil tangan ajaib kurniaan Allah ini. Isshh...isshhh SK dah boleh sangat buka bisnes tau!

    ReplyDelete
  3. Wah yummilicious. Jika ada assistant dan dorongan dari orang tersayang baru motivated nak buat kan.

    ReplyDelete
  4. Perghhh kak bila buat lagi..nak jugalah, tapi netah bila plak jumpanya ekkk huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!