Assalamualaikum...
JARANG-JARANG Sk memasak kalau baru balik dari berjalan sebenarnya tapi hari ni gagahkan diri jugak memasak sebab malas nak cari tempat makan dan malas nak layan SOP, huhuhu. Pagi tadi pun, Sk menapau makan untuk sarapan, takkanlah tengahari nak menapau lagi, kan.. hahaha.. macam tak biasa ek. Gedebak gedebuk nahhh.. dah pukul 5 baru dapat makan sebab ayam beku dalam peti ais. Tu nasib baik semua cili dan bawang dah siap blend, huhu.
Ni.. kalau kami orang Johor selalu dikata, semua benda nak masak asam pedas, Pak Inche pulak semua benda nak dimasak sambal tumis. Dulu, Sk memang tak boleh terima la hari-hari kena ada sambal tumis. Kalau sambal tumis udang atau sotong tu okey lagi, ni daging dan ayam pun nak masak sambal tumis, dahlah nak masak sambal tumis ayam tu kena goreng dulu, menambah kerja. Tu takpa, nak jugak ada ayam goreng.. huhuhu. Tapi, bak kata orang tua, alah bisa tegal biasa, la ni pejam mata jer masak, pun boleh, hahahah.
Sambal Tumis Ayam
Bahan-bahan:
Beberapa ketul ayam, perap garam kunyit, goreng tiga suku masak
4 sudu besar cili kering kisar halus
1 biji bawang besar kisar halus
1/2" halia kisar halus
1 sk pes asam jawa adabi
Garam secukup rasa
2 sb gula
Air secukupnya
Cara-cara:
1. Tinggalkan sedikit minyak goreng ayam dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga garing dan cantik tumisannya.
3. Masukkan asam jawa adabi, tumis lagi. Tambah air sedikit sahaja.
4. Masukkan garam dan gula, kacau rata, barulah masukkan ayam yang telah digoreng.
5. Renihkan sehingga ayam cukup masak, tutup api.
Cantik sambalnya. Kalau tak habis boleh cecah lempeng...yummy!
ReplyDeleteMakan dengan ubi rebus sedap ni.
ReplyDeleteCun rupanya tu, rasa mesti mantap ni
ReplyDeleteMak saya panggil Ayam Masak Cabai.. Ni lauk kenduri dulu-dulu ni sebelum muncul ayam masak merah. Kalau tambah serai pulak.. Harum semerbak
ReplyDeletesedapnya sambal tumis ayam..lama gak x buat ni...
ReplyDeleteSamalah kita, kalau dah berjalan tak kowser nak masak baliknya kak.. ikut mood juga..
ReplyDeletefeveret ilham ni mak inche hehehe..
ReplyDeletesambal tumis ayam tak penah dgr lagi, selalunya sambal tumis ikan...udang..sotong
ReplyDelete