NASI DAGANG DENGAN GULAI IKAN TONGKOL BARU NGAM HO

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum... 

Beras pulut dan beras biasa
campur santan kelapa dan halba
bawang hiris dan juga halia
enak rasa

Nasi dagang itulah namanya
dah terkenal merata negara
di Pantai Timur tempat asalnya
istimewa

Asal usul dinamakan dagang
mulai satu dan tak berlebihan
sangat elok untuk dihidangkan
di majelis dan keramaian

Bila makan pagi atau petang
bungkuslah sedikit untuk pulang
jangan lupa ibu ayah abang
nasi dagang


LAMA dah rindu nak makan Nasi Dagang Kelantan Style di Restoran Pantai Timur Che Yah.
Tapi, selepas beberapa kali pergi tapi nasi dagangnya dah habis padahal baru pukul 8. Kadang nasi dagangnya ada tapi Gulai Ikan Tongkol dah tak ada. Yang tinggal cuma Gulai Ayam.. Sk dah malas nak pergi ke sini. Sk lebih suka menikmati nasi dagang dengan lauk asal iaitu gulai ikan tongkol berbanding lauk lain. Paling best dalam gulai ikan tongkol ada cili padi sebiji-sebiji yang boleh dijadikan ulam ketika menyuap nasi, meleleh air mata dan hidung menahan pedas. Lepas makan, hirup pula nescafe o panas-panas... wallawehhhh! 
😝😝😝😝

Pagi ni, Naza mengajak makan di sini. Sk harap sangatlah ada rezeki makan nasi dagang bersama gulai ikan tongkol. Kalau tak ada nasi dagang dengan gulai ikan tongkol, SK lebih rela makan nasi kerabu walaupun nasi kerabu di sini tak cukup korum sebab tak ada solok lada. Tapi Sk lebih rela makan nasi kerabu tak ada solok lada dari makan nasi dagang tak ada gulai ikan tongkol, kahhhhh. Alhamdulillah... masuk jer kedai nampak gulai ikan tongkol dengan cili padi berenang-renang ke tepian. Kalau tak, black list jer terus kedai Kak Yah, hahahahah.

Syukur.. Alhamdulillah...
Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaa kak.. terasa-rasa..nasib baik jiran sini ada amik order Nasi Dagang hehehehe

    ReplyDelete
  2. Samalah kak. Saya suka nasi dagang dengan gulai ikan aya tu. Pastu tuang kuah dia lebih sikit. Nikmat rasanya.

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi dagang tu..feveret sisyat juga :-)

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nasi dagang tu... lama tak pekena nasik dagang.. salam kenal SK... sy follower ke 835

    ReplyDelete
  5. Nasi dagang dan ikan tongkol my favourite...

    ReplyDelete
  6. sedap nasi dagang ni. lama tak makan..

    ReplyDelete
  7. Wah... Nostalgia bwtul lagu tu SK..
    Nyanyian Rosemaria tu memang dalam hafalan saya tu... Dalam lagu ada resipi.. Lagu-lagu sekarang ma hado kan.. Hihihi

    ReplyDelete
  8. Allahu terliur fai tengok. Rasa nak pergi beli sekarang juga!

    ReplyDelete
  9. Orang pantai timur hidang nasi dagang tak pakai gulai ikan tongkol
    mereka guna gulai ikan aya

    ReplyDelete
  10. Lagu tu best betul didengar zaman dulu2. Dulu tak banyak lagu macam sekarang, dihafal lah lagu resepi nasi dagang tu. Apa namanya penyanyi tu...Rosemaria kot.

    ReplyDelete
  11. aduhhh tengok menu tu rindu pulak dengan nasi dagang encik suami..haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!