BUBBLEBEE.. SEMANIS SENYUMAN SHUIB

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum... 

ORANG kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya.
Dan tahukah anda, di sebalik blog Alam Sari Tanah Jauhar ini, Pak Inche la tulang belakangnya.
Pak Inche la mastermind di sebalik kisah makan yang anda baca ni. Disebabkan melayan selera Pak Inche la Sk ada idea nak tulis tentang kisah makan di mana, kalau tak, layan ajelah cerita hari-hari asam pedas mak Inche, hahahahaha.


Korang mesti ingat, Iman yang nak sangat beli Bubblebee ni kan???
Tidak ya.. ni semua Pak Inche laaa hari-hari dok tanya dengan Iman, bila Shuib nak buka Bubblebee kat Johor. Dua beranak ni memang selalu sembang la pasal artis-artis ni. Dengan Sk memang tak berapa masuk la terutama artis-artis lawak. Kenallah jugak tapi taklah minat sangat dan ambil tahu pasal diorang. Kalau ada cerita seram pasal artis, baru scroll fb atas ke bawah, kahhhhh.

Ceritanya, masa balik dari makan Tiram Muar Oyster tu la, dua beranak ni dok cerita pasal Bubblebee dah buka kat Batu Pahat. Johor (JB) belum buka lagi. Jadi, Pak Inche kata, jom kita pergi! Iman tanya balik, babah sanggup ke beratur?? Babah angguk-angguk.. lepas tu asyiklah suruh cari lokasi. Mengenangkan orang kata, kalau sayang suami, jagalah perutnya, Sk la yang gigih cari lokasi dan menggagahkan diri beratur. Beratur punya beratur, lama-lama sejam baru sampai kaunter, kahhhhh.


Alang-alang beratur, kan.. takkan nak beli sorang satu. terus beli sorang dua, hahahaha. Masa beratur nilah, SK buat kajian tentang bubblebee ni. Sk tahulah dia tu aiskrim dengan madu sebab pernah sebelum ni beli produk yang meniru bubblebee ni, kan. Tu pun pasal dengar cerita dua beranak ni la, hahaha. Jadi, masa beratur tu la tahu, Bubblebee ni bukan sekadar aiskrim tetapi juga mengeluarkan produk minuman boba. Jadi, dengan aiskrim, dengan air minuman pun semua kita tapau.


Yang ini, Golden Series Ice Cream. Kandungannya tentulah aiskrim (vanila) bersama cornflakes madu, madu cair, madu sarang (kot.. tataw apa nama) dan boba madu.  Boba madu tu tawar, yang pentiru tu Sk pernah beli, bobanya manis. Jadi, kira seimbanglah aiskrim manis digandingkan dengan boba tawar. Tekstur aiskrimnya halus dibandingkan yang pentiru Sk beli tu terasa kasar aisnya. 


Sk baca banyak jugak review kondem bubblebee ni.. hehehe.
Bagi Sk, tak ada siapa pun yang paksa kita beli. Kalau korang beli sekadar nak menunjuk yang kau dah beli lepas tu nak kondem produk orang, sebab benda ni manis maknanya awak la yang tak betul. Dah namanya pun aiskrim, nak suruh letak rasa apa, pahit, payau, pedas??? Silalah fikir sendiri, huhu.


Makan masa cornflakes tu masih rangup la ya, baru sedap. Macam kita makan cornflakes dengan susu masa sarapan tula, ada orang suka rendam lama, tapi Sk suka makan masa rangup-rangup tulah. Sedap tu memang subjektif tapi jangan komplen manis sebab dah namanya aiskrim kan, memanglah manis, semanis senyuman Shuib la kannnn... masyukkkkkkk kata orang tu.. kwang kwang kwangggg!


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dia tayang eskim madu pulak dah... kang berdesup ke batu pahat ni kang.. kikikiki

    ReplyDelete
  2. tgh tuggu bila nak bukak dekat penang ! nak rasa

    ReplyDelete
  3. Jauhlah eza kat Sarawak ni nak merasa. Hihi. Tengok gambar je dulu. Nyum!

    ReplyDelete
  4. Yang ini belum pernah cuba, dekat je ada tu kat rumah kita Sri Alam.. nengok ramai lagi beratur.. anak ye dah cuba, katanya bolehlah tahan sedap..nanti laa cubanya..

    ReplyDelete
  5. Kan? Belilah untuk kepuasan diri sendiri ��

    ReplyDelete
  6. belum berkesempatan nak cuba sebab di Bangi ni..
    line tak pernah tak panjang.. insyallah nnt nak cuba..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!