RESEPI LEMON CURD YANG MUDAH DAN SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

SEPERTI yang dijanjikan, inilah resepi Lemon Curd yang Sk gunakan dalam filling Assorted Tartlets.
Walaupun dalam PJJ yang Sk join tu ada diberikan resepi Lemon Curd ni tapi bila SK tengok penggunaan bahan dan caranya, Sk rasa lebih mudah menggunakan resepi ini yang pernah Sk gunakan ketika aktif membuat jualan kek dalam botol dulu. Hihi.. macam tak percaya betapa gigihnya dulu walaupun kadang pernah tidak tidur menyiapkan tempahan pelanggan. Duit bukan persoalan utama tapi bila dah berjanji dan menerima tempahan ia mesti ditepati.


Lemon Curd ni warna agak pucat sebab Sk tak masukkan pewarna, jadi kalau rasa nak cantik dan berseri, bolehlah bubuh sikit pewarna ya. InsyaAllah, rasanya sangat sedap dan tidak mengecewakan.

Resepi Lemon Curd
Sumber : Alam Sari
 
3 biji telur
 
150g gula pasir
 
80ml fresh lemon juice
 
60g butter
 
1 sudu kecil parutan kulit lemon
 
Cara-cara :
 
1. Di dalam mangkuk besi, whisk kan telur. Kemudian, letakkan mangkuk besi tersebut didalam periuk yg berisi air panas (gunakan api yg kecil sewaktu mendidihkan air). Buat kaedah double boiler.
 
2. Dengan terus mengacau telur, masukkan gula dan jus lemon. Whisk kan adunan sehingga adunan menjadi pekat. (lebih kurang dalam 10 minit)
 
3. Angkat mangkuk besi daripada periuk. Kemudian masukkan butter dan parutan kulit lemon. Whisk kan sehingga sebati.
 
4. Wrapkan adunan (plastik wrap mencecah di permukaan adunan), biar sejuk sebentar sebelum digunakan.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnyaaaaaa lemon curd ! tak rasa pon tapi tau dah bertapa sedapnya dia

    ReplyDelete
  2. Dapat yang lekat-lekat dekat plastic tu pun jadi lah.... Hihihi

    ReplyDelete
  3. Lemon Curd...baru tau namanya...selama ni reti makan je..janji sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!