Assalamualaikum...
DAH dekat enam bulan sebenarnya kisah kenduri durian di Simpang Renggam ni, hahahaha. Dah berzaman baru nak cerita dalam blog, kahhhh. Ceritanya hari tu, Pak Inche ajak Sk ke Simpang Renggam sebab ada jemputan dari Koperasi (nak kena tanya blogger Juju) menjemput Kelab Media Johor makan durian masa musim durian yang lepas.
Tapi, sebelum dapat makan durian, kena buli dulu. Haaa.. taklah.. sebelum tu diadakan pertandingan mencari durian gugur. Tapi yang kelakar, walaupun kat situ ada pokok durian, tapi duriannya dah habis gugur jadi durian ni semua dibeli dari kawasan berhampiran la. Durian yang disediakan untuk pertandingan ni terdiri dari pelbagai jenis.. jenis ke panggilnya? hahaha. Tulah, dah lama baru nak tulis, kan dah berkarat.
Kawan-kawan Pak Inche bersama buah durian yang berjaya dikutip oleh ahli kumpulan masing-masing. Pak Inche korang dapat kutip sebijik jer, hahaha.. tu pun cenonet. Dia ngelat nak lari-lari tu, nasiblah kawan satu kumpulan dia dapat kutip banyak dan salah satu penyumbang kepada kemenangan kumpulan Pak Inche.
Anak durian ke tu?? Hahahahahaha.
Ni kena teka berat keseluruhan durian kutipan masing-masing.
Kalau siapa biasa beli durian, bolehlah agak-agak sendiri berat durian tu.
Yang tak biasa beli durian macam kami ni, memang ke lautlah kalau nak teka teki teka tekuk berat ni, hahaha.
Geng satu kumpulan Pak Inche. Yang bertanjak tu kutip durian paling banyak. Bolehlah dia bawa balik, dah dia yang kutip banyak, heheheh. Mekasih, Awang.
Pokok durian yang ada di persekitaran home stay. Buah dah ilek.
Geram jer tengok durian-durian ni.
Antara jenis homestay yang ditawarkan di sini.. lupa nama homestay ni. Nanti tanya Juju, hahahha.. Juju lagi. Sebabnya, masa sampai tu tetiba ternampak Blogger Juju jaga kaunter pendaftaran, terus jejak kasih, hihi.
Ada sungai mengalir, terasa damai gitu.
Tu haaa.. blogger Juju. Blognya DI SINI.
Yey, dapat makan durian dalam dusun tepi sungai.
Ada pertandingan kopek durian guna garfu, haha.
Jangan lupa minum air di dalam pangsa durian.
Rakaman dari TV Bernama.
Nak cakap apa lagi ek???
Orang kuat Kelab Media Johor.
Okey, habis dah cerita kenduri durian, hihi.
meriah betul kenduri durian kat sini..hehe
ReplyDeleteIsh... Mana nak cariiiii ni.. Anak-anak cacing mengelupur dalam perut.. Hihihi
ReplyDeleteSedapnyaaa durian! Manalah nak cari dekat sinii
ReplyDeletebestnya activiti kenduri mcm ni, hebat gila sampai tv bernama dtg buat liputan
ReplyDeleteBestnya!!! Teringin plak tgk durian tu.. nasib x mengidamðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
ReplyDeleteDalam fikiran wak, manalah musim durian sekarang.
ReplyDeleteDurian wak pun baru berbunga.
Rupanya cerita lama.
Kopek durian guna garfu lah pulak....cemanalah tu hihihiii.
ReplyDeleteSiap ada homestay. Bawa family bercuti kat situ pun ok kan
ReplyDeletetergoda nengok durian tu...empukkkkk!
ReplyDelete