ASAM PEDAS SIAKAP UNTUK SK

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

BILA Pak Inche minta masakkan Sotong Masak Kicap, Sk terus minta Iman agar merendam sekali ikan siakap dua ekor yang beku dalam peti ais. Dalam batu jemala patik Sk ni cuma terbayang Asam Pedas Siakap setelah beberapa kali asyik layan kari dengan sambal tumis, hehehe.

Bonda masak apa? 

Tanya Iman bila nampak Sk mula menumis cili giling kisar.

Nak masak asam pedas?

Omaigaddd, asam pedas? Janganlah, nanti Yaya keliru nak makan asam pedas atau air asam.  Iman memang membahasakan dirinya Yaya. Sekarang dia dah keliru nak siram nasi dengan kuah asam pedas atau kuah air asam, hahahaha.

Jangan ditanya kenapa periuk Sk belo-belo. Tu pun nasib baik boleh lentur lagi. Mula-mula lagilah terkejut tengok periuk bentuk O dah jadi bentuk D 🙀🙀🙀 

Meriah meja makan bila masing-masing ada lauk kesayangan. Sotong Masak Kicap untuk Pak Inche, Siakap Goreng Air Asam untuk Iman dan Asam Pedas Siakap untuk Sk. Berselang-seli memasing menyuap asam pedas sambil mencicah siakap goreng dengan air asam, hehe. 

Asam Pedas Siakap

1 ekor siakap (potong)

1 senduk minyak masak

2 senduk cili + bawang kisar

2 batang serai diketuk

1" halia dihiris

1/2" lengkuas dihiris

1/2 sb pes asam jawa adabi

Air secukupnya

Garam secukup rasa

Ajinomoto (optional)

Daun limau purut atau daun kesom


Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak, masukkan serai, halia, lengkuas, tumis sebentar hingga layu.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak sambil ditambah air sedikit demi sedikit.

3. Bila tumisan dan cantik, tambahkan air secukupnya, kacau rata dan masukkan ikan. 

4. Bila ikan hampir masak, masukkan pes asam jawa adabi, garam dan ajinomoto.

5. Masukkan daun kesom atau daun limau purut, biar sekejap dan siappp!

Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya jarang makan asam pedas sebab kurang minat.. tapi kalau terhidang tu makan saja. selalu mesti nak ada keropok ikan sekali hehe..

    ReplyDelete
  2. Sama kita juga, suka siakap di masak asam pedas atau lomak cili api..
    Mak Inche, awat gambo jadi kecik?

    ReplyDelete
  3. sedap juga ni. jarang masak ikan siakap asam pedas ni. nak potong tu malas.

    ReplyDelete
  4. asam pedas ni makan dgn sambal belacan + ulam pastu ada ikan goreng juga! sedap

    ReplyDelete
  5. Asam pedas...SA baru pandai buat dan harapnya lepas ni momentum tu terus kekal tak berubah..hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!