SAMBAL SOTONG DUA EKOR PUN TAK HABIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum... 


LAUK yang SK masak petang semalam, ya, masaknya petang lepas zuhur, makan tengahari waktu petang, tapi taklah petang sangat, dalam pukul 3 dah makan. Ialah, orang kan selalu makan waktu tengahari. Melayankan Iman yang memaksa Sk membuat jualan Assorted Tartlets yang crust-nya menggunakan Lotus Biscoff. Rancangannya dari sehari ke sehari tapi baru semalam terealisasi. Memulakan projek selepas sarapan pagi dan hampir pukul 2 baru Sk mula memasak. Itupun nasib baik semua bahan kisar sudah siap dalam peti sejuk, kalau tidak haruslah Sk mengajak Pak Inche makan di kedai, hahaha. Nanti kita cerita tentang Assorted Tartlets tu ya, sekarang kita cerita pasal Sambal Sotong dulu.

Sotong ni beli di pasaraya NSK. Pak Inche tu memang suka beli bahan masak, kan. Jadi, dia paksa SK pilih sotong, SK rimas betul tengok ramai orang kat bahagian basah tu, tambah lagi sotong semua dah kaler purple, tak perasan ada sotong besar yang masih putih. Kebetulan pulak, masa ke pasaraya Hosey, Sk ada beli sotong sikit, jadi Sk kata, tak payahlah beli sotong. Terus dia merajuk, hurmm.. Lepas tu, Sk pun nyelit-nyelit kat orang ramai tu, nampak sotong besar lengan, terus sauk empat ekor masuk plastik, haiii.. semalam masak dua ekor jer. Beli sotong besar pun dipotong jugak sebab dua beranak ni memang tak suka makan sotong seekor-seekor. Iman tu lagilah, sotong yang dah potong tu pun, siap digigit bahagi dua lagi masa makan, jadinya, masak sotong dua ekor pun tak habis, huhu.

Sambal Sotong Sk

500 gm sotong dipotong bulat
2 senduk Cili Kisar + Bawang Kisar
1" halia hiris kasar
1/2 senduk minyak masak untuk menumis
1 tsp asam jawa adabi
1 tsp cuka masak
Sedikit air
1 tsp garam (atau secukup rasa)
3 tbs gula pasir (atau secukup rasa)

Cara :

1. Panaskan minyak masak, tumis cili dan bawang kisar serta halia. Tambah air sedikit-sedikit dan terus menumis sehingga pecah minyak dan tumisan cantik.
2. Sementara itu, dalam kuali, panaskan minyak sedikit sahaja dan goreng kilas sotong untuk membuang airnya.
3. Masukkan sotong dalam tumisan yang sudah sebati. Air sotong jangan dimasukkan.
4. Masak sekejap, masukkan asam jawa, cuka, garam dan gula.
5. Renihkan sebentar, tutup api.



Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantik sambal sotong SK. Kita pun beli sotong saiz besar 4 ekor beberapa hari lepas. Belum sempat masak.

    ReplyDelete
  2. Suka sambal sotong..cuma kalau cuci kena make sure air tos kering2..kalau x sambal kita berkuah..kalau keringkan liat plak sotong tu kan..

    ReplyDelete
  3. kite minat gilerssss sambal sotong..

    ReplyDelete
  4. Macam lama pulak kita tak masak sotong.. terus rasa nak beli sotong hahaha.. dapnyaaa... kita je kak kalau masak, mesti sotongnya sekoq=sekoq huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sama macam kat rumah saya la.Kalau sotong kena potong 4,5 . kalau besar2 tak makan. Seram kot.hahha..

    ReplyDelete
  6. besar juga sotong dia. memang sedap buat sambal :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!