Assalamualaikum...
DAH plan dengan Iman hari khamis nak makan di Sushi King sebab ada Sushi King Bonanza pada 16 & 17 Disember. Hari rabu Iman kata, ada kuiz pada hari khamis tu pukul 3 jadi Sk fikir, pergi makan hari Jumaat ajelah terus. Iman pulak ingat hari Jumaat tu 17hb sekali malam tadi Cikwa kata, kan Jumaat dah 18hb, hurmmm.. terlepas lagi nak makan bonanza sushi king 😭
Tak apalah Iman, takyah tunggu bonanza la.. meh kita pergi ajak Cikwa. Cikwa ajak Cik Ani join tapi Cik Ani tak nak, jadi kami pergi bertiga ajelah.
Jujurnya, ini kali pertama Sk makan di Sushi King. Duluuuuuuu.. Sk langsung tak boleh telan sushi ni.Pertama kali makan masa tu, sushi yang diberi oleh bos jepun ibu Sk. Depan dia kami masuk mulut, bila dia tak ada kat situ terus kita lueh balik buang dalam pasu, kah kah.
Iman pulak suka sangat makan sushi, tiap kali jumpa memang akan belikan dia lah. Sebab dulu SK tak makan sushi jadi SK bagi dia permisi makan di Sushi King dengan rakan sekerja dia masa bekerja di Kedai Mesra Petronas dulu.
Green Tea untuk Cikwa, Milo Dinasour untuk Iman dan SK pilih Mago Peach Tea. Kurus-kurus gelas air kat Sushi King ni tapi harga pun berpatutan taklah mahal sampai 7 8 hinggit segelas.
Sedapnya makan ramai2, gumbira kan hehe
ReplyDeleteGeng pertama masuk, geng terakhir keluar.. Lama la aktiviti makan-makan sushi nampaknya. Mesti panjang borak kan. Paling penting kita happy dan perut kenyang. hihi
ReplyDeleteHuwaa rindunya nak ber sushi
ReplyDeleteSukanya kacang ademame tu SK...
ReplyDeleteCikwa tu manis orangnya... Sejuk mata memandang.Iman pun manis juga...
eh bagusnya susun pinggan ikut kaler..selama ni main susun aje..betul jugak macam ni ek, lebih senang pekerja tu nak kira..
ReplyDeleteharajuku cheese cake tu mmg wajib kena ambil kalau pergi sushi king
ReplyDeleteKebetulan tadi siang makan Nippon shushi anak beranak, akak tau berapa hengget, rm180 hahahaha.. mana taknya penuh semeja berpinggan-pinggan.. siap steamboat hahahaha
ReplyDeleteSis boleh bawak makanan luar tak??? Sya plan nak bawak kek sebb nak sambut birthday dgn buah hati.. Hehe
ReplyDelete