Assalamualaikum...
SEBELUM ini, SK ada ceritakan tentang Pak Inche yang hendak makan Nasi Kandar di Ipoh tapi memberi laluan kepada Iman dahulu untuk makan di Canning Dim Sum tu, kan. Jadi, bila dah sampai Kedah, beriya Pak Inche suruh buat carian Nasi Kandaq Ketegaq di Sungai Petani. Ketegaq tu samalah dengan Pak Inche ni tau, seboleh tidak nak makan nasi kandar. Sebenarnya dia ada jugalah mengajak Sk ke Penang dulu makan nasi kandar, tapi SK dah terbayang mesti sesak punya dengan kereta banyak dan orang beratur panjang lagi semata nak makan nasi kandar.
Okey, cerita pasal Nasi Kandaq Ketegaq tu, bila dah sampai, amboi, besar betul kedainya, tapi.. tutup... kahhhhh. Punya tak puas hati sebab dalam page kata, 'open', Pak Inche pun hantar mesej, rupanya kedai tu dah berpindahlaaah. Selepas mendapat perkongsian lokasi kedai yang baru, akhirnya kami sampai jugaklah mengketegaqkan diri, huwa huwa huwa.
Sedap ke sedap? Bolehlah.. lapar punya pasal..
Burpppp.. Alhamdulillah.
cari nahas tengok gambo nasi kandaq time belum lunch..hehehe
ReplyDeletenasi kandaq ni, bila tgk pun berselera kan !
ReplyDeleteYa Rabbi..ketegaq gile ceq tunjuk nasi kandaq ni...lama nak makan, tapi takde sapa nak teman pi Hijrah tu.. semua takut nak keluar arghhhh
ReplyDelete