SPAGHETTI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum... 

BARU lepas tolak pinggan.
Keinginan yang lama terperam gara-gara mencari waktu yang sesuai untuk menyediakan sendiri menu fusion kegemaran ini.  Disebabkan hari ini giliran Sk 'Work From Home' maka kita ambil kesempatan 'Work For Home' laaa.. selepas Johor Bahru dikenakan PKPB semula,  lalu selera mula ditepuk-tepuk untuk memasak Spaghetti Daging Salai ini. 

Spaghetti Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan :

200 gm Daging Salai

30 biji cili api hijau*

1 buku kunyit hidup sebesar ibu jari*

1/2" halia*

2 batang serai diketuk

1 asam keping

1 kotak kecil santan

1 kiub pati lembu

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Spaghetti secukupnya direbus mengikut arahan pada label bungkusan 


Cara-cara :

1. Kisar halus bahan bertanda,  masukkan ke dalam periuk,  tambah sedikit air.  Didihkan sehingga cilinya cukup masak,  tambah air sedikit-sedikit jika perlu supaya tidak hangit. 

2. Bila cili cukup masak,  masukkan serai dan daging salai dan air secukupnya menenggelamkan daging,  masak sehingga daging cukup empuk. 

3. Selepas itu,  masukkan santan dan asam keping,  kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. 

4. Masukkan kiub pati lembu dan garam secukupnya,  tutup api dan hidangkan bersama spaghetti. 

Kalau nak masukkan daun kunyit lagi harum tapi Sk tak ada daun kunyit. 




Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Adoi menggoda!
    Pernah nampak Dato Fazley masak gini. Next time boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. Wah! Menu fusion yang menggoda selera!

    ReplyDelete
  3. Wow nanti nak cuba masak spaghetti macam ni la

    ReplyDelete
  4. tak dpt imagine mcm mna rasa dia ni

    ReplyDelete
  5. tak pernah jumpa lagi menu camni, menarik sungguh rupa dia

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!