MAKAN SIAKAP GORENG & PATIN TEMPOYAK DI ANJUNG SELATAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


MINGGU ini Iman cuma bermalam satu hari sahaja di rumah. Biasanya hari khamis kan dah balik dan dapatlah tidur dua malam sebelum pulang ke kolej pada petang Sabtu, tapi hari khamis tu, ada mesyuarat kelab di sebelah malam. Jadi, hari Jumaat sebelum tengahari, barulah pergi jemput anak bertuah ni.


Teringin pulak nak makan Patin Tempoyak di Restoran Anjung Selatan di cawangan Gelang Patah. Tengok dia dah ceduk siap-siap dalam beberapa mangkuk. Ada kepala, ekor dan badan, Sk pilih badan, tapi lupa nak tengok patin sangkar, emas atau buah. Nasib baiklah patin sangkar, dibuatnya patin buah, naya kome nak membayonyerrr.


Kalau patin tempoyak ni, di tekak Sk cuma sedap makan dengan ulam-ulaman. Kalau tak ada ulam, makan dengan nasi kosong ajelah. Dah ambil ulam, kenalah ada sambal belacan. Sambal belacan kat sini, dia dah pek siap-siap.


Walaupun belum pukul 1, banyak tray lauk dah tinggal koret-koret. Iman tanya, boleh tak jika dia ambil Siakap Goreng tu? Sekor RM30. Dekat kolej, hari-hari makan ayam, dah lama tak makan ikan. Ambillah nak.. ambil... bonda kan kaya (Amiiinnnn). Iman ajak makan siakap sama-sama, Sk kan dah ada patin tempoyak, makan sikit ajelah ikannya. Tapi budak ni, pandai makan isi ikan aje, terpaksalah bonda menghabiskannya.. dah bayar, kan. rugi kalau tak habis! Hahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Masakkan patin kat Anjung Selatan memang sedap..eh dah lama x guna perkatan koret-koret...

    ReplyDelete
  2. Hahahaaaa.... SK! Tergelak sorang-sorang tau baca tulisan koret-koret tu. Lama tak dengar perkataan tu.

    ReplyDelete
  3. ramai cakap sedap, saya belum pernah cuba lagi Anjung Selatan tu.

    ReplyDelete
  4. Hahaha..Amiiinn,swmoga bonda Iman betul-betul kaya...dapat belanja kita semua..Dah la tempoyak tu nampak kemain sedap pekat kuah diam.Ikan goreng nan rangup.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!