MENGINAP 2D1N DI VIP HOTEL SEGAMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

RASA-RASANYA, dari lahir sampailah umur 48 tahun ni, belum pernah lagi tidur berbumbungkan langit Segamat. Kalau pijak tanah Segamat tu macam beberapa kali jugaklah, antara kerja giler yang pernah Sk dan Pak Inche buat beberapa tahun lepas ialah pergi Segamat semata nak beli DURIAN SEGAMAT.. hahahaha.

Banyak plan Pak Inche selain dari pergi Kenduri Kahwin di Segamat, maka dimintalah pendapat Sk nak macam mana... 

1. Tidur hotel di Segamat, check-out, pergi kenduri kahwin.. balik kenduri, pergi Batu Pahat/ Muar dan bermalam sebelum balik Johor (JB)

2. Tidur hotel di Batu Pahat, check-out, pergi kenduri, terus balik Johor.

3. Tidur hotel di Melaka, check-out, pergi kenduri, terus balik Johor.

4. Terus pergi kenduri, kemudian baru check-in hotel di Segamat, balik esoknya.

Hahahaha.. pening kepala ngan pakcik sorang ni, kita layankan aje la..


Begitu.. begini, keputusan Sk, tidur di Segamat jer la malam Sabtu tu. Bab hotel memang Sk serahkan sepenuhnya pada Pak Inche sebab dia memang cerewet bab tempat bermalam ni. Dua tiga hari sebelum berangkat (macam nak pi haji pulak), Pak Inche berjaya menempah bilik di VIP Hotel Segamat.


Bilik Deluxe Super King dengan harga RM220 semalam. Boleh tahan jugaklah harganya bagi Sk. Pak Inche kata, sebelum tu dia ambil bilik yang RM180 kemudian minta tukar bilik deluxe. Ada jugak family room tapi dah Iman tak nak ikut, kan. Iman kalau kau ajak gi Kay El dia suka laaa.. hahaha.


Selalu duduk mana-mana hotel, walau pat lima bintang pun, susah nak jumpa yang air minuman betul-betul sejuk bila dimasukkan dalam peti sejuk. Kat VIP Hotel ni, phewwww... sejuk giler air yang kita simpan dalam tu, peti sejuk jenama Midea.


Ruang tandas dan bilik mandi dipisahkan oleh sekeping cermin.


Kelengkapan mandian lengkap termasuklah berus gigi disediakan.


Padu ya shower dia!


Kelengkapan mengeteh dan mengopi.


Ruang menggosok pakaian diletak di hadapan lif. Orang tak nampak muka kita kecuali kalau kita sengaja berpaling, hehehe. Sk dah gosok baju siap dari rumah. 


Pakej penginapan kami termasuk sarapan pagi. 


Tak ada nasi lemak... nangis tepi kolam la Pak Inche. Ambil nasi goreng, tapi... agaknya, nasi tu tak dimasak lebih awal, dah jadi macam lontong berkepal-kepal. Sk pantang nampak la kan Mee Goreng.


Ambil bubur dan ada ayam goreng. Pak Inche adalah sesudu makan nasi gorengnya, lepas tu, dia ambil telur setengah masak dan roti bakar. Buffet sarapan agak mengecewakan la bagi Pak Inche sebab tak ada nasi lemak.. huuuu.. mujurlah bukan Sk yang pilih hotel. 

Menu Sarapan Buffet

Nasi Goreng
Mee Goreng
Bubur Nasi & Condiments
Baked Bean
Ayam Goreng Singgit
Kentang Goreng yang macam dalam pinggan Sk tu
Buah-buahan
Salad
Kek
Minuman Kordial
Kopi & Teh
Bijiran dan Susu
Roti keping
Kaunter Telur disediakan


Ada kolam renang ya VIP Hotel Segamat ni. Bolehlah mak pak breakfast sambil perhatikan anak mandi-manda. Tapi, tatawlah masa kami datang ni dari petang sampai esok paginya lengang jer kolam ni. Yang kelakar, masa kat Kenduri En Mansor tu, bolehlah pulak terserempak dengan sepasang suami isteri yang sama-sama menginap di sini. Sk perasan mereka sebab kami sarapan saing-saing, hehehe. Rupanya si isteri kawan kepada isteri En Mansor. Rupa-rupanya, kami sama-sama dari dari Johor (JB). Begitulah, kecik jer dunia ni kan sebenarnya, hihi.

Bersambung....

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya bila ada selera makan...SA ni makan apa pun xde rasa ha...semuanya pahit termasuk air...bila la nak dapat deria rasa..seksa betul dah rasanya ...makan lebih kepada nak alas perut je

    ReplyDelete
  2. Nampak selesa biliknya. Wah.. honeymoon berdua, di Segamat. 😊

    ReplyDelete
  3. bestnya pool lengang, mandi pun seronok tak payah terlanggar orang sana sini

    ReplyDelete
  4. dah lama x singgah segamat.... klu singgah pun segamat je sekadar lalu gitu hahaha bilik tu nampak kemas dan selesa.. pool tu yg jadi tarikan klu bawa budak2 haha

    ReplyDelete
  5. Haha... kalau kak SK yg pilih hotel mau kena bebel menu hotel yg x memuaskan hati tu yek.. jarang hotel xde menu nasik lemak kan

    ReplyDelete
  6. Pernah juga 2x menginap sini masa Adah study kat Segamat dulu..
    Macam ternampak lagi jalan ke sana..Ada tempat tu nama Buluh Kasap..unik namanya

    ReplyDelete
  7. Alahai....PI tak dapat makan nasi lemak! Syukurlah bukan SK yang pilih hotel hihihi.

    ReplyDelete
  8. tengok emoji yang tutup kaki pak inche tu...terbayang muka anak bongsu sendiri yang tengah rongak takde gigi tu ahaksss

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!