MAKAN DI MADAM KWAN'S DI HARI JADI PAK INCHE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM, merupakan hari ulangtahun kelahiran Pak Inche yang ke 53 tahun. Masa hari terakhir puasa yang lepas, kami ke Madam Kwan's Restaurant yang baru dibuka di Midvalley Southkey tapi telah habis ditempah untuk berbuka puasa. Tu yang kami berbuka di Oriental Kopi Kopitiam Johor Jaya.


Sk dulu pernah sekali jer makan di Madam Kwan's KLCC, akak ipar belanja. Jadi, ni kali kedua la Sk ke Madam Kwan's. Yang kat KLCC tu pun dah lama giler, Iman masih sekolah rendah, hehe. Di Midvalley ni, semua restoran pun kena beratur lagi-lagi semalam Sabtu, ia dipenuhi dengan warga seberang Tambak. Tak sampai 20 minit pun rasanya beratur tu sebab servisnya agak pantas juga.




Semua pesanan dibuat melalui aplikasi Madam Kwan's dengan mengimbas QR code. Walaupun begitu, sebuah buku menu juga diletakkan di meja pelanggan.


Dari rumah dah berzikir nak makan Prawn Mee. Kemahen besar mangkuk, porsinya normal untuk seorang makan, harga semangkuk, RM23.90.


Terdapat pilihan bihun, mee dan kueyteow atau mencampur dua jenis mee. Pak Inche pilih bihun dan mee kuning. Pak Inche kata lagi sedap Prawn Mee di Oriental Kopi dan Restoran New Hollywood Ipoh. Sup dia tu, kalau tak letak sambal rasa kosong dan tawar.


Batuk tapi nak juga Air Batu Campur, RM13.90. Sebenarnya nak cendol, tapi not available, ABC sedap dan manis sehingga ke titisan terakhir. 


Iman kata, boleh ke kalau dia nak Crispy Chicken Lemon ni. Harga dia boleh dapat dua ekor ayam ko. Jadi, marilah kita pesan dua pinggan nasi putih makan dengan Chicken Lemon. Tak jadi la nak makan kuey teow ke.. nasi bojari ke.. 
Crispy Chicken Lemon, RM33.90 sepinggan. Salutan tepung dan sos lemonnya sedap betul.


Wajiblah ada sayur. Harga sayur kat sini tak munasabah langsung, hahahaha. Hong Kong Kailan, RM21.90. Masih boleh terima la harganya sebab ada perkataan Hong Kong tu kan 😆. HK Kailan boleh pilih sama ada nak masak letak halia, oyster atau ikan masin.


Bean Curd Deep Fried, RM14.90. Saja tambah-tambah lauk, dia aje la yang harga ada belas kasihan sikit 😆.


Pak Inche nak Rojak Buah. Besar-besar dia potong tak ada kasih sayang langsung. Sepinggan ni RM24.90.


Bolehlah buat ado-ado. Orang tu hari-hari bagi kita makan sampai bam-bam, jadi setahun sekali kita bagi la dia raso dihargai di hari jadi. Ingatkan nak beli kek kecik tapi tak sempat, tapi hari tu dah potong kek awal masa beraya di rumah Kak Shidah, biras Sk di Damansara, tu nanti Sk cerita ya.


Iman tanya, bonda nak repeat tak (Madam Kwan's)? Hurmmm.. kena tunggu duit getah bulan depan pulak la kot nampaknya.. hahahaha.. hahahaha 😂.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sangat menyelerakan. Suasana restoran pun kelihatan menarik.

    ReplyDelete
  2. aigoo... tak boleh tahan harganya. ni kalau kami 8 beranak ni... tumpul pisau getah apak dia nak menoreh...hahaha

    ReplyDelete
  3. Hehe.. sekali-sekala, apa salahnya, makan besar. :D

    ReplyDelete
  4. Kena bantu menoreh lagilah kalau hendak repeat ke sini Iman hahahaaa.
    Tapi serius SK, semuanya nampak sedap walaupun ada yang tak ada kasih sayang!

    ReplyDelete
  5. Anggap saja lagi mahal harganya lagi besarlah kasih sayangnya hahaha 🤣

    SELAMAT HARI RAYA buat SK sekeluarga. Maaf berbanyak bergurau senda selalu dgn SK ☺️

    ReplyDelete
  6. kalau saya ni nak kena tunggu harga getah naik dulu la...hahaha
    tak apa lah mahal sikit janji sedap puas hati kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!