SARAPAN DI ASHOKA DI HARI PERTAMA TAHUN 2023

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

ALA.. sepatutnya semalam lagi dah masukkan entri ni tapi terlupa. 


Semalam, 1 Januari 2023, $k ambil cuti. Pak Inche memang cuti hari Ahad. Iman pulak, dah balik dari hari Khamis petang dan semalam kelasnya petang, online pulak tu, jadi, kami tiga beranak bersarapan di Ashoka Curry House, Jalan Dapat. Pak Inche makan tosei dan Iman nak Tosei Masala, kenyang sikit katanya banding dengan tosei kosong. 


Tapi, tulah.. servis sini sekarang sangat teruk ya. Dah berapa kali kena pun tak serik-serik Pak Inche nak sarapan kat sini. Tu mujur tosei dapat cepat tapi tengoklah, dah separuh nescafe $k, makanan $k tak sampai-sampai. Tapi, $k kita rilek jer, malas nak bising-bising macam Pekan Tampin.


Padahal tak la sampai setengah jam pun tunggunya kalau tengok details masa pada gambar, hahaha. Selain tosei, Pak Inche nak makan apom juga.


Sedap puri kat sini tapi nampaknya lain kali kena pilih sarapan yang sihat sikit. Hurmmm... Iyolah tu. Ni roti gardenia beli hari tu pun makan separuh jer, dah luput tarikh takkanlah pulak nak dimakan lagi. Balik ni kena la singgah kedai cari yang baru. Takkan asyik nak tapau mee goreng kantin aje.. kan kan kan.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Iye iye XD
    Selamat tahun baru 2023 ya, singgah sini :)

    ReplyDelete
  2. Selamat bersarapan di pagi Tahun Baharu 2023..
    Apom tu nampak sedap..
    Mamak biasanya jarang service teruk kan.tapi sejak lepas PKP ni kebanyakan katanya kekurangan pekerja dah

    ReplyDelete
  3. Bila ntah SA makan kat mamak....ntah mamak mana Pak Zain bawak...x sedap langsung...terus xde mood nak amik gambar...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!