MAKAN PATIN TEMPOYAK DI RESTORAN HAJI DAUD & GYOZA DI KAFE YARD & CO

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


BULAN depan, insyaAllah, Kelab Staf tempat Sk ni akan mengadakan Hari Keluarga dan Sk telah dilantik sebagai Penolong Penyelaras Program tersebut. Memang mengada dorang ni tau, pakai petik-petik aje, tapi okeylah rasa berkembang sikit la kepala otak bila kena rancang program macam ni, hahaha. Sejak awal bulan Mei lagi kami merancang dan memilih tempat dan bila dah hampir tiba harinya, kami pun membuat lawatan tapak.




Pagi tu, Sk dah sarapan Nasi Goreng awal juga tapi Fidah pulak rupanya belum makan dan kelaparan. Ina mencadangkan agar kami singgah makan di Restoran Haji Daun yang terletak di Taman Lalang, Kota Tinggi. Kalau ke Kota Tinggi selalu jugak lalu depan restoran yang terletak di jalan utama ni tapi tak pernah singgah. Gambar Sk pinjam Pakcik Google,  hehehe. 



Masuk sahaja dalam restoran terus terpegun tengok lauk-pauk yang telah siap dihidangkan walaupun jarum jam baru sahaja menunjukkan pukul 10 pagi.




Aneka Ikan Bakar. Tepuk dada tanya selera yang mana sesuai dengan bajet kerana harga dinyatakan dengan jelas.



Pelbagai pilihan sup, ada bahagian daging, pipi dan campuran bahagian lembu.



Sotong Bakar Sambal Kelar-Kelar. Siapa hari tu komen, Sotong Gedik eh dia kata.



Cendawan dan Sotong Goreng Tepung pun ada.



Siput Sedut Masak Lomak.



Ikan Patin Temerloh Masak Gulai Tempoyak.



Kalau sampai ke Kota Tinggi, memang banyak restoran menjual belangkas. Aduh, kecur tengok! Tapi macam leceh pulak nak makan sebab nak cepat.


Siput Gong Gong dan Kerang dimasak cara apa, Sk tak pasti. 


Ada juga lempeng, ubi rebus dan kuih siap pek.


Baru dua jam sarapan, kalau tidak mahu bersusun lauk dalam pinggan. Sk ambil Patin Tempoyak dan terung bakar serta sambal belacan (RM14). Ikan patin tu isinya kental tak halus macam patin di Restoran Anjung Selatan. Sk suruh Fidah rasa,  Fidah pun cakap kurang rasa ikan patinnya mujurlah kuah gulai dia sedap aje. 



Semua dah kenyang makan nasi, kami pun meneruskan perjalanan ke tapak program. Tapi, Sk tak ada mood nak ambil gambar kat sana, hahaha. Lepas tu, Ina ajak mengopi sebab dia dah ngantuk.




Sk ajak mereka ke Kafe Yard & Co tapi Sk tak mengopi la, Sk minum Off Duty Mermaid macam Pak Inche hari tu. Selain tu Sk pesan juga Gyoza (RM15.90) makan sama-sama tapi tukang bayar kompom makan lebih, hahaha. Sepinggan tu ada 6 ketul, intinya isi ayam dihidangkan agak unik dengan taburan bonita flakes dan rumpai laut serta disirami takoyaki sauce.  Teringat zaman kerajinan buat gyoza sendiri.




Fidah minum Ice Latte dan pesan sepotong Chaota Cheese Cake. Ia adalah Burnt Cheese Cake yang dihidang bersama vanilla whipped cream dan boba pearls.  


Burppp.. Alhamdulillah 😋

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. amboi signage die AWAS LAUK TERLAMPAU SEDAP...byk pilihan menu tu

    ReplyDelete
  2. Awak Lauk terlampau sedap.. Confident sungguh hahahaha :D

    ReplyDelete
  3. Siput gong gong? 😅

    Baguslah kedai ni, teliti siap tulis jenis ikan bakar dan bahagian sup. Mudah kita nak pilih.

    ReplyDelete
  4. Siyes la lauk dia terlampau sedap...dh siap letak harga tu boleh la bajet2 nak amik lauk mana ikut selera dan poket ye

    ReplyDelete
  5. Rambang mata nak pilih lauk pauk dia tu, semua menggoda selera. Lagi bagus dah siap dgn harganya kan, terbaik 👍

    ReplyDelete
  6. Ooomaakkk.... semuanya nampak sedap. Mana satu nak pilih ni. Belangkas pun ado... Kalau Kak Amie memang nak pilih patin tempoyak jugalah.

    ReplyDelete
  7. siput gong gong, belangkas....rare menu kat sini...dah siap sedia banyak2, mesti ramai pelanggan Resto Pak Daud tu..

    ReplyDelete
  8. Issh aneka menu yg tersaji tuuuh 😍😍😍😍. Saya mungkin bisa lamaaaa sangat memilih saking nak semuanya 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  9. Saya pun turut kagum dengan effort tuan kedai buat hidangan macam ni. Bertutup, siap label makanan dan harga. Senang kita nak memilih pun. Makanan pun banyak pilihan dan sedap-sedap tengok.

    ReplyDelete
  10. lauk pipiku di pipimu..hahah. ammi ni tak genglah dengan patin mahupun tempoyak. entah kenapa tak boleh in dengan 2 juadah ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!