MAKAN DI TIP TOP BBQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


TIGA kali dah, datang Gerai Sa'diah di Medan Selera Jalan Sg Chat, Kampung Mohd Amin, Pak Inche nak makan Asam Pedas Tetel, tapi tiga kali tu jugak tutup. Kali pertama tu, kami tukar makan di Gerai Asam Pedas Dataran. Kali ketiga, kami tujar haluan ke Restoran Sayam Stulang Laut. Haaa.. yang kali kedua tu, pasal dah parkir kereta, kami ke Gerai Tip Top Ikan Bakar (Barbeque).


Belek-belek menu padahal setiap kali ambil menu sama aje pun 😂.


Pari Bakar dan Mantao.


Sotong Bakar.


Kalau di Tip Top BBQ ni memang tak kedekut bawang. Nak baby ketam goreng tapi tak ada stok baby ketam. Mak ketam ada.. huhu.


Lima ketul ni Sk makan sorang. Nasib comel jer mantao ni, yang berdua tu tak minat.


Kangkung Goreng Belacan sebab di sini tiada baby kailan.

Burppp.. Alhamdulillah 😋

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sesuai tak degan nama tip-top nya?

    ReplyDelete
  2. Macam mana makanannya.. Tip top juga ke?

    ReplyDelete
  3. SK makan mantuo kosong gitu saja ye.
    Ingatkan makan dengan ikan pari panggang sebab mantuo duduk sebelahnya.

    ReplyDelete
  4. Dulu saya tak suka mantao sebab rasa macam pau kosong..Tapi dah tua tua ni eh...suka la pulak..tetiba timbul rasa lemak lemak dia walau kosong je..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!