DEEP FRIED SIAKAP W HONG KONG SAUCE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK cuti hujung minggu dah dikembalikan ke hari sabtu dan ahad ni, rasa minggu bekerja jadi panjang pulak. Dulu-dulu kalau dah hari rabu tu, dah happy sangat sebab khamis balik awal, kan. Ni dahlah khamis balik pukul 5, jumaat pun balik pukul 5. Memanglah hari jumaat rehat panjang, tapi rehat pun bukan boleh balik rumah. Boleh jer balik rumah, tapi makan modal la sebab rumah jauh. Kalau pergi mall, lagi la makan modal, hahahahah.


Mesti orang cakap, apalah Sk ni, merungut aje kerjanya. Patut bersyukurlah ada kerja dan ada gaji, kan, hahaha. Ya, bersyukur sangat ada kerja dan ada gaji, Alhamdulillah.  Tapi kita kan manusia biasa yang banyak kelemahan. 




Berbalik kepada tajuk, sejak makan Siakap Goreng dengan sos ala Hong Kong di Adam Kitchen, PI memang terus suka masakan ni dan berangan nak masak sendiri. Ikan Siakap tu dah berminggu la beli
  Tu tak pa, hari sabtu lepas dah plan la nak masak, jadi Sk dah rendam dalam air untuk defrost. Sekali, PI ajak makan Soto Seri Bunian kat Pontian pulak. Mula malas nak layan, tapi tak sampai hati, jom la. Ikan siakapnya pulak, lupa sumbat balik dalam peti, hihi.


Hari ahad la masaknya, tu pun masak malam sebab siang tu kami pergi makan mee di Grand Chicken Rice, kan. Ikan tu, Sk goreng dulu, PI masakkan sos Hong Kong. Yang kelakar dia masak sambil tengok vtt kat handphone. Lepas tu, nak guna sudu sama macam vtt tu jugak sebab dia kata, nanti tak jadi rasa dia. Sabar aje la, padahal PI kan selalu jer masak sos Hong Kong tu. Punyalah ikut sukatan dalam vtt tu, sedap memang la sedap, tapi sosnya sikit sangat. Apa taknya, letak air pun 4 sudu aje.



Sayurnya kailan goreng aje la. Cari baby kailan takde pulak. Lepas tu panaskan lauk, Ketam Sambal tinggal seketul (sebelah) dan Buttermilk Lobster tinggal kepala seketul sebab masa makan hari tu dah tak larat nak habiskan, hahaha. Alhamdulillah,  wasalam dah semua, syukurrrr.
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Effort PI tu penting...asalkan masak...

    ReplyDelete
  2. Lawak betul part ikut sudu dalam VTT tu, takut rasa lari kononnya 😂 Tapi confirm sedap sebab 'resepi hati' tu yang paling power! Sos sikit pun janji bonding banyak

    ReplyDelete
  3. Lagi untung kalau kerja ahad-khamis kan. Khamis boleh balik awal. Kalau kami balik kg, hari Ahad tu boleh settlekan urusan rasmi kalau ada. hihi...
    Bukan main Chef PI beraksi. Untung jugak dia rajin nak masak.

    ReplyDelete
  4. sedap tuh deep fried siakap dgn sos hongkong., hehe nyum2

    ReplyDelete
  5. PI focus tu x nak rasa lari...share la resepi sos hongkong tu SK..

    ReplyDelete
  6. nasib baik PI mintak sudu je..kalau dia mintak mangkuk, kuali mcm dalam vtt tu pengsannnn

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!