Assalamualaikum WBT
SEJAK cuti hujung minggu dah dikembalikan ke hari sabtu dan ahad ni, rasa minggu bekerja jadi panjang pulak. Dulu-dulu kalau dah hari rabu tu, dah happy sangat sebab khamis balik awal, kan. Ni dahlah khamis balik pukul 5, jumaat pun balik pukul 5. Memanglah hari jumaat rehat panjang, tapi rehat pun bukan boleh balik rumah. Boleh jer balik rumah, tapi makan modal la sebab rumah jauh. Kalau pergi mall, lagi la makan modal, hahahahah.
Mesti orang cakap, apalah Sk ni, merungut aje kerjanya. Patut bersyukurlah ada kerja dan ada gaji, kan, hahaha. Ya, bersyukur sangat ada kerja dan ada gaji, Alhamdulillah. Tapi kita kan manusia biasa yang banyak kelemahan.
Tu tak pa, hari sabtu lepas dah plan la nak masak, jadi Sk dah rendam dalam air untuk defrost. Sekali, PI ajak makan Soto Seri Bunian kat Pontian pulak. Mula malas nak layan, tapi tak sampai hati, jom la. Ikan siakapnya pulak, lupa sumbat balik dalam peti, hihi.
Hari ahad la masaknya, tu pun masak malam sebab siang tu kami pergi
makan mee di Grand Chicken Rice, kan. Ikan tu, Sk goreng dulu, PI masakkan sos Hong Kong. Yang kelakar dia masak sambil tengok vtt kat handphone. Lepas tu, nak guna sudu sama macam vtt tu jugak sebab dia kata, nanti tak jadi rasa dia. Sabar aje la, padahal PI kan selalu jer masak sos Hong Kong tu. Punyalah ikut sukatan dalam vtt tu, sedap memang la sedap, tapi sosnya sikit sangat. Apa taknya, letak air pun 4 sudu aje.
Sayurnya kailan goreng aje la. Cari baby kailan takde pulak. Lepas tu panaskan lauk,
Ketam Sambal tinggal seketul (sebelah) dan
Buttermilk Lobster tinggal kepala seketul sebab masa makan hari tu dah tak larat nak habiskan, hahaha. Alhamdulillah, wasalam dah semua, syukurrrr.
Effort PI tu penting...asalkan masak...
ReplyDeleteLawak betul part ikut sudu dalam VTT tu, takut rasa lari kononnya 😂 Tapi confirm sedap sebab 'resepi hati' tu yang paling power! Sos sikit pun janji bonding banyak
ReplyDeleteLagi untung kalau kerja ahad-khamis kan. Khamis boleh balik awal. Kalau kami balik kg, hari Ahad tu boleh settlekan urusan rasmi kalau ada. hihi...
ReplyDeleteBukan main Chef PI beraksi. Untung jugak dia rajin nak masak.
sedap tuh deep fried siakap dgn sos hongkong., hehe nyum2
ReplyDeletePI focus tu x nak rasa lari...share la resepi sos hongkong tu SK..
ReplyDeletenasib baik PI mintak sudu je..kalau dia mintak mangkuk, kuali mcm dalam vtt tu pengsannnn
ReplyDelete