Assalamualaikum WBT
BUSY betul la kita dua tiga hari ni sampai tak sempat nak update blog apalagi nak menziarah ke blog kawan-kawan. Janganlah marah ek, nanti kita singgah ya. Apa tak busy-nya, dua hari berturut-turut memenuhi Jemputan Walimatulurus.
Hukum memenuhi jemputan, terutamanya majlis walimah (perkahwinan), adalah wajib (fardhu ain) menurut majoriti ulama. Walau bagaimanapun, kewajipan tersebut bertukar kepada sunat atau boleh menjadi haram bergantung kepada jenis jemputan dan keadaan tertentu.
Bagi Sk sendiri, jika tiada halangan dan hal lain yang lebih utama, InsyaAllah. Nak nak pulak jika dah isi RSVP, hihihi.
Hari sabtu, kami tiga beranak ke Senggarang untuk memenuhi undangan rakan seperjuangan PI, Encik Abdul Rahman Embung bagi meraikan Majlis Perkahwinan anak lelaki beliau, Mirza dan pasangannya Syira.
Dalam perjalanan tu, kami melalui satu majlis perkahwinan lain. Selalunya jika di kampung-kampung, masih lagi didirikan khemah di hadapan rumah berbanding di JB ni kebanyakan mengadakan majlis di dewan atau event space. Iman pun sebut, lama tak makan kenduri bawah khemah. Nahhh.. baru jer sebut, kan. Dapatlah makan kenduri bawah khemah.
Sampai sahaja bawah khemah, penanggah telah sedia untuk mencedukkan nasi untuk tetamu. Penanggah bertanya, nak nasi beriani atau nasi putih. Sk pilih nasi beriani la kan. Tengok dekat buffet line, ada nasi impit jugak. Sk pandang lauk-lauk dan fikir tentu lauk sama untuk ketiga-tiga nasi ni. Jadi, Sk pun mula menyenduk lauk ikut turutan. Ada ayam masak merah, daging, kambing, eh, jumpa lauk ayam (masak lain) pulak, dalca, acar jelatah.. lepas tu baru perasan, punyalah banyak pilihan lauk untuk nasi putih dan nasi impit termasuk pelbagai jenis sambal dan ulam-ulaman. Ahhh.. nyesal tak ambil nasi putih atau nasi impit tadi, ahaks!
Iman dan PI pun makan nasi beriani. Iman ambil pudding koktel. Sk cakap, nanti lepas ni nak ambil Lontong Kering pulak, eheks!
Mana mahunya lagi perut ni nak diisi dengan lontong. Jadi, kita makan kuih aje laaaa. Selain pudding koktel, ada jugak Sago dan Bubur Pulut Hitam. Tu belum lagi segala jenis laksa dan rojak serta aiskrim. Tak muatlah perut nak makan semua, kan.
Aaaa.. ni meja buffet untuk lauk jer dah panjang macam ni. Tu la, lain kali sebelum ambil makanan, pusing-pusing dulu, hihi. Lepas salam-salam mak dan bapak pengantin, kami ambil aiskrim sorang satu. Tengah panas memang sedaplah makan aiskrim.
Semalam pulak, kami memenuhi Jemputan Perkahwinan Ajib dan Asyikin di Arjuna. Ajib merupakan anak kepada ex-bos Sk, Pn Rahmah.
Sejak Arjuna ni dibuka di Taman Kobena, selalu tertunggu-tunggu bilalah ada pengantin yang nak jemput kami ke sini. Iman yang selalu malas pergi kenduri pun teruja la bila Sk beritahu dapat jemputan di Arjuna ni.
Dengan binaan dari kayu, Arjuna membawakan konsep klasik yang sentiasa menarik perhatian pengguna jalanraya yang melalui Jalan Skudai ke pusat bandaraya.
Ingatkan nak bergambar berlatarbelakang rumah kayu di sini tapi dengan cuaca yang panas teruk, kami bergambar dekat meja makan je la, hihi.
Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Acar Rampai dan Dalca serta kuih muih dan cendol.
Inilah Ex-Bos Sk, Pn Rahmah.. yang suka panggil kawan-kawannya 'Sayang'. Ni kali kedua hadir jemputan Pn Rahmah, kali pertama dulu ada Sk tulis
DI SINI. Terima kasih puan kerana sentiasa tak lupa dengan kawan-kawan yang ditinggalkan walaupun dah jadi big bos di tempat baharu.
Semua nampak sedap lauk kendurinya Kak..
ReplyDeleteLama gak tak dapat kenduri siang hari.. bebrapa kali hadir semua kenduri belah malam
Cantiklah baju SK yg last tu 😍
ReplyDeletePanjang betul buffet line kenduri bawah khemah tu, rambang mata. Terliur tengok cocktail Iman tu. Panas² mmg sedap hirup cocktail
Bestnya dapat pergi kenduri kahwin. Saya paling excited dapat jemputan majlis kahwin hihi. Best apa dapat makan lauk kenduri. Kalau takde aral melintang dan dekat2 je mmg saya pergi.
ReplyDeletepanjang meja buffet tu...lama tk pi kenduri yg bwh khemah...skarang rmi buat kenduri dlm dewan
ReplyDeletehttp://楼凤窝.com
ReplyDeleteOo patutlah. Biasa ada je seketul entry setiap hari. Tak marah aihhh..Dahulukan mana yang penting dulu kak. Wahh rezeki sangat dapat makan kenduri bawah khemah. Macam tahu-tahu je kan. Syoknya telur hidangan sepinggan tu. Meriah warna warni. Banyak menu sedap-sedap. Menyesal kalau tak amek. hihi...
ReplyDeleteCantiknya venue konsep klasik tu.. Alhamdulillah dapat memenuhi jemputan kenduri kahwin. Tahniah buat pengantin. Semoga berbahagia sampai syurga.
Cantik kak SK tema macam strawberry matcha gitu. Suwiittt..
Saya amalkan pusing dulu tengok makanan apa, sebab nak pilih mana yang paling teringin nak makan. Tapi, kadang kalau tetamu dah ramai memang taklah kan. Ambik jelah apa yang depan mata 😄
ReplyDeleteMenarik tempat acara kenduri kedua tu, klasik!