Assalamualaikum WBT
SEMASA dalam perjalanan nak makan di Restoran Yeo Gelang Patah tuari, ternampak suasana yang meriah di Pekan Gelang Patah. Nampak papan tanda tulis MASARAP. Serentak Sk dan Iman menyebut, oooo.. kat sini MASARAP. Haaa.. sebab selalu nampak promo dia lalu lalang di medsos. Jadi, terus merancang nak ke sini di lain hari.
12 Julai, kami ke sini untuk makan malam. Hampir nak sampai ke simpang masuk kawasan restoran tetiber Iman cakap, ni Yaya belanja. Rupa-rupanya dia dapat gaji Fesko, yey! Ni kira last la merasa gaji Fesko, duit gaji sebelum ni dia guna bayar pendahuluan beli kereta. Tu pun kami tolong top up jugak tu kalau tak mananya cukup.
Restoran berkonsep terbuka ini diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Pn Aniza dan Chef Hailzad yang bermula pada bulan Oktober 2023 dengan membuka tiga meja sahaja. Sekarang ni dah berkembang pesat dan maju jaya.
Pesanan makanan dan minuman dibuat dengan mengimbas aplikasi restoran pada kod QR. Selepas pesanan berjaya, staf akan hantar senarai semak.
Harry Potter Butter Beer untuk Iman dan Ice Longan with Sea Coconut untuk PI.
PI makan Mi Bandung Kerang. Tengok rupa macam serabut tapi bila makan, sedap jugak rasa mi bandungnya. Selain kerang ada banyak versi lain seperti daging dan ayam.
Iman pilih Set Tom Kha Gai Ayam. Dia kata ni menu viral, teringin nak rasa. SK pulak rasa pelik tengok rupa tom yam dia, putih macam masak lemak. Set ni datang bersama nasi putih, ulam timun, tomato dan salad serta sambal belacan.
Kuah dia rasa masak lemak, sipi-sipi jer rasa tomyam. Tapi, isi-isi dalam dia tu semua jenis yang sesuai dengan kuah tomyam. Bila didominasi rasa masak lemak, dia jadi pelik. Kami tak tahu la pulak apa rasa sebenar Tom Kha Gai ni. Macam kena scam aje ni, hahahah.
Sk pilih Chicken Buttermilk Pasta. Sos pasta dan pastanya panas betul-betul macam baru keluar kuali. Ia dihidangkan dengan ayam popcorn. Ayam popcorn tu pun panas macam baru digoreng jugak, maknanya, bila ada pesanan, baru mereka siapkan hidangan ni. Sk suka sebab dia ada tabur alfalfa sprouts tu. Ada rasa pedas-pedas dari chili flakes dan hirisan cili padi.
Selain pesan dari MASARAP, ada vendor-vendor lain jugak. Yang ni kena layan diri la, pesan dan bayar terus, nanti dia hantar ke meja. Kami pesan sate daging ni, RM15/10 cucuk. Yang kat atas tu semua RM75 (tak bagi resit dan kami pulak lupa nak mintak). Mahal la, makan macam tu jer dah RM90, bengkok Iman bayar, hahahahahaha. Baru dia tawwww!
Lain macam nama menu dia harry potter butter beer. Ice longan with sea coconut tu bestnya. Sejuk tekak.
ReplyDeleteA'ah kan. Saya pun serabut tengok mi bandung tu. Nasiblah sedap. Dia macam melanggar akta mi bandung gitu. huhu...
Memang peliklah tomyam putih susu gitu. Okay kalau rasa pelik memang takmo cubalah.
Baguslah kalau mereka masak panas-panas. Sejuk-sejuk kurang sedapnya.
Hahaha..tumpang gelak yang last tu. Tapi kesian jugaklah...Takpe, dapat pahala belanja parents.
Paling terliur tengok pasta SK tu. Mesti sedapkan dihidang panas² based on order gitu
ReplyDeleteUnik betul namanya ye kak.... dana pernah makan tomyam kha gai tu dekat sini dia tambah jugak warna merah idok la putih mcm lemak putih ni hehehhe. Tapi terliur nengok mee bandung tu kak oi
ReplyDeleteAlhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung! Seronoknya rasa bila anak dah pandai belanja makan guna hasil titik peluh sendiri dari gaji Fesko tu. Walaupun part hujung-hujung tu lawak bila dia rasa 'bengkok' nak membayar bil RM90, tapi inilah memori paling mahal, hehe. Beria sungguh tengok babak Tom Kha Gai yang rasa macam masak lemak putih tu, nasib baik menu Chicken Buttermilk Pasta dengan Mi Bandung tu terselamat dan sedap!
ReplyDeleteMacam masak lemak putih je tu. Lama tak makan mi bandung.
ReplyDeleteMemang serabut betul mi bandung tu. Igt mcm hangus kat atas tu hehehe. Mesti yg viralkan tom kha gai ayam tu sebenarnya influencer berbayar. Bila dah order sendiri baru tau macamana rasanya.
ReplyDeleteWaahhhh... Ade menu nama Harry Potter. Kena try ni. Favourite character & movie LeYa dari dulu
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronoknya bila anak dah mula berkerjaya dan belanja mak ayah makan! Walaupun poket dia terasa 'bengkok' sikit kat hujung tu, memori macam ni memang mahal dan tak dapat dijual beli. Mesti Iman rasa puas hati dapat belanja SK dan suami
ReplyDelete